Bismillah.Ini
entri pertama saya untuk tahun 2013 ini,erk,agak terlambat ,bukan?.Erm,banyak
perkara yang terjadi.Samada manis atau pahit,itulah kehidupan kan?Mujurlah ada
pertolongan Allah iaitu dengan tarbiyah.Saya bukan seorang yang suka meluahkan
segalanya samada di blog,facebook,twitter dan sebagainya,sebagaimana orang
lain.Ini pandangan saya,segala apa yang terbuku di hati,saya luahkan pada yang
Maha Mengetahui.Saya yakin bahawa disisi dan dari Dialah segala penawar dan
solusi yang kita cari untuk menyelesaikan masalah kita(as Syarh:5-6)Allahu.Buktinya,atas
semua yang berlaku pada diri saya dan kalian,itulah takdir Allah.Dari Dia datangnya masalah dan dari Dia jua datangnya penyelesaian,jadi,carilah Allah dalam setiap kerja buatmu.
saya hanya
ingin berkongsi..sudikan membacanya perkembangan ini:^^
1)Isu politik
Yerp,sejujurnya
saya rasa geram dengan keadaan politik sekarang,jadi,untuk meneguhkan pendirian
saya,saya kena dan mesti habiskan Risalah Imam Hasan Al Banna,dalam tahun ini
juga,kerana itu adalah azam untuk tahun hijrah saya pada kali ini.InshaAllah.
sedikit perkongsian daripada seorang akhowat:
2013
PRU13
Umur saya 22 tahun.
Ini kali PERTAMA saya nak buang undi.
Saya muda lagi,
selalu duduk atas pagar.
Tengok pakcik rumah biru gaduh dengan jiran rumah hijau.
Sedang parah gaduh tu, saya nampak anak-anak, dan segala harta benda pakcik biru dan hijau ni dicuri oleh perompak.
Saya jerit dekat pakcik biru dan hijau tu,
"Pakcik biru, pakcik hijau....rumah pakcik berdua dirompak orang"
"EH ANAK MUDA DIAM..! JANGAN CAMPUR URUSAN ORANG TUA!!"
Saya tersentap dengan amaran itu.
Pakcik biru dan hijau terus bergaduh.
"yelah...aku budak lagi..." Saya mengeluh panjang di dalam hati.
Tiba-tiba,
perompak-perompak tersebut melempar keluar Al Quran dari rumah pakcik hijau dan pakcik biru.
Lalu perompak-perompak tersebut memijak-mijak kitab suci itu.
Lantas saya menjerit,
"Pakcik biru, pakcik hijau..!! Quran suci kita dihina!!!"
Mata mereka merenung tajam ke arah perompak tersebut. Perompak itu berhenti memijak kitab suci umat islam itu.
Saya bersyukur lega. Akhirnya pakcik biru dan hijau dapat sepakat dalam mempertahankan hak mereka.
Tidak sampai 1 minit. Teriakan dan hinaan sesama pakcik biru dan hijau kembali kedengaran.
Mereka kembali mencaci dan bergaduh.
Perompak yang durjana itu terus membuat onar dengan memijak dan membakar kitab suci al quran itu.
Anak-anak pakcik biru dan hijau dirosakkan oleh perompak terbabit.
Air mataku mengalir melihat fitnah yang melanda umat Muhammad SAW ini........
AKU BOSAN
AKU PERLU BANGUN
AKU TIDAK MAHU LAGI BERPANGKU TANGAN DI ATAS PAGAR
KITA BANGKIT MEMBAWA ARUS BARU.
UNTUK UMAT.
UNTUK ISLAM YANG MULIA.
AYUH BERSAMA KAMI
MENERAJU ARUS BARU
SELAMATKAN ISLAM...!!!
~~UNDILAH CALON MUSLIM BERWIBAWA~~~
"Arus Baru" berperanan menjadi penentu dan pengimbang kuasa untuk memastikan kedudukan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan terpelihara.
~Sharifah Abdul Samad~
2)Usrah AL HUBB HUNA
alhamdulillah,setelah 2 tahun berada di Kolej Kejururawatan Kuantan ini,usrah terpaksa
dibahagikan kepada 3 kumpulan,kerana terlalu
ramai,fuh!alhamdulillah!sangat3!Allah permudahkan hati-hati lembut ini
bertemu:)inshaAllah,saya memegang satu daripadanya.Yelah,agak penat dan
mendesak diri untuk lebih perbaiki diri dan perhebatkan lagi dakwah
fardhiyyah,tapi puas hati kerana dapat bertemu wajah-wajah yang cintakan
agama.Alhamdulillah!Ok,saya bukan contoh yang terbaik jika mereka inginkan
naqibah yang lembut.Huhu.Kerana saya mengikut rentak mereka,kadang-kadang
poyo,kadang-kadang comel,kadang-kadang 'bley tahannn'.Kadang-kadang serius.Huhu,Maaf.maaf.maaf.^^
Kump 1 yg setia bersama ketika suka dan duka^^(sahabiah dari mulanya berusrah!)
Saya sayang mereka lillahi.Anak2 usrah veteran. :p
3)Nursing
dan kolej.
Ok,alhamdulillah,saya dah
semester 4 yang dikenali juga sebagai semester komuniti.:)Tak lama lagi akan
memasuki fasa praktikal di klinik,berjumpa dengan orang ramai,beramah mesra
dengan ibu-ibu mengandung dan budak-budak:)))Study?alhamdulillah,ok
lagi:)pencapaian setakat ini adalah jayyid jiddan!mumtaz,inshaAllah,I will try
my best:)ameen.Cuma,ada masalah sedikit berkaitan pentadbiran kolej yang agak
mencabar diri kami geng usrah untuk melakukan program kerana disebabkan seorang
staf.Allahu Allah,tak perlu cerita panjang,saya anggap ini sebagai ujian dalam
dakwah.Doakan dipermudah yer.Walaupun perit sebenarnya nak ditelan,sampaikan
nak mula buat kilang air mata pun jadi tiada modal nak buat dah.Ish..ish..ish,rasanya
baru sahaja menjejakkan kaki di sini,dah masuk 2 tahun,dan tinggal lagi setahun
untuk menghabiskan Diploma Kejururawatan ini.Saya baru ber'diploma',rakan-rakan
lain,dah masuk ber'Ijazah'.Keep smile and says,Allah punya ketetapan rezeki dan
kehidupan yang tersendiri buat setiap manusia.Saya rasa,dengan adanya diploma
ini sahaja,sudah dan akan banyak membantu saya memberi manfaat pada orang
lain.Walaupun tanpa diploma,kita tetap akan beri manfaat pada yang lain jika
kita sedar apa hala tuju kita,untuk Allah dan kepada Allah.InshaAllah.
melalui mereka,Allah mengajar saya.^^
Be strong!
4)Keluarga
alhamdulillah!semuanya
sihat,tok dan tokki sudah semakin sihat,banyak yang saya belajar sewaktu
menjaga mereka ketika sakit.Pengalaman orang-orang tua.Mak dan
abah?alhamdulillah,semuanya sihat,termasuk keluarga tersayang,moga dipanjangkan
usia dan diberkati kehidupan.inshaAllah,ameen.How about my heroes?Huhu,Abang long Faheem ,Aqiel
dan Faiz dah meningkat 'dewasa'.Dah sekowah(bahasa aqiel:sekolah)Tadika.Still
handsome.Still cute.Sampaikan tak boleh bayangkan macamanalah rupa mereka2 ini
bila dah besar panjang nanti.Hero ma'njang kot..:P dan heroin pun dah
besar,wanna see ?
ini adik Nuha,di Sarawak.
Dah besaq,pipi pun dah macam belon,ada udara didalamnya dan boleh dicubit.
Suara dia 'merdu'
Rambut pun boleh tahan.
Solehah,inshaAllah.:)
ini kak Hana
Dah besaq dan anggun.
Suara pun boleh tahan,
lagu kegemaran:Qasidah Ya Hanana(SESIAPA YG INGIN MENDUKUNG MUSLIMAH INI,PASTIKAN ANDA HAFAL LIRIK INI DAHULU,PERINGATAN.)^^
5)Nurul Izzah Khalid?
Heh~alhamdulillah,sihat-sihat je inshaAllah.Moga Allah redha.Lain rupa sikit :p Erm,lupa,sebenarnya ada TCA(To come again) dengan pakar ENT(EAR,NOSE & THROAT),buat MRI and so on.Diagnos apa?Em,saya terpaksa rahsiakan dahulu,maaf yer,Cuma saya harapkan doakan tiada apa yang agak berat untuk diterima.Saya bukan nak raih simpati,cuma tolong doakan yer.:))Hati?inshaAllah,doakan juga yer.Doakan impian saya untuk mencontohi Maryam r.a.Kenapa saya memilih dia?^^ Allah knows best.Walaupun terlalu awal untuk berkata sedemikian,tetapi itu sahaja yang dapat menguatkan saya,dan saya ingin katakan,saya bahagia jika melihat sahabat saya dan akhowat yang saya sayang kerana Allah akan dan telah membina Baitul Muslim walaupun lebih awal daripada saya.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita,masa yang terbaik dan segalanya akan menjadi lebih baik mengikut aturan Allah dari semua aspek.Selebihnya tentang urusan BM ,biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu,kerana saya tak mengharapkan orang-orang tertentu itu tahu,cukuplah sampai di situ.Saya doakan.Doakan saya juga.^^
Opss!mashaAllah..tak ubah macam tak jumpa setahun,nak bercerita ini dan itu.Maaf,maaf,tak sengaja nak taip panjang-panjang.Terakhir dari saya buat kali ini,doakan saya lebih kuat berada di sini dan di mana-mana perlunya tarbiyah.Jazakumullahu khairan katheera.Saya sayang kalian lillahi.Maaf sekali lagi andai entri kali ini sedikit menyentuh peribadi,
Di sini ada sedikit kata-kata tarbiyah:
#Ada yang mengeluh,ingin gugur dan jatuh lalu dia berkata lelah..
Ada yang lelah,tubuhnya penat,tetapi semangatnya kuat dan dia berkata LILLAH.
#Oh Allah,I’am coarse,so make me soft and I am stingy,so make me generous and I am weak,so make me strong.-Umar al Khattab
#Don’t pray for an easy life,pray for the strength to endure a hard one.
#Syed Qutb Rahimahullah;
"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah.."
Maaf,andai ada typing error atau error saya sendiri,last but not least,TOLONG DOAKAN,please...:
when I pretend to be strong,no one sees my hidden tears except Allah.alhamdulillah.:) I still have Allah.(sebak)
wassalam.Allahua'lam.T_T