aku tahu Engkau Tuhanku
adalah cinta agung
akupun mahu mencintaiMu
aku tahu mencintaiMu amat perlu
Ia kemuncak daripada
segala kebahagiaanaku berusaha ke arah itu
tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu
banyak yang datang mengganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempesona menggamit selalu
diwaktu itu lupaku padaMu
cintaku
jauh sekali sekala datang juga
walau sedikit terasa indahnya
kemudian lupa lagi
adakalanya lupa ku padaMuberpanjangan sekali
kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau cinta agung
Engkau patut dicintai
selepas itu lupa lagi
begitu cintaku kpdMu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan
dengan hati yang sedih ini
tolonglah aku dengan rahmatMu
bantulah aku mencintaiMu
agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
Itulah harapanku padaMu
0 comments:
Post a Comment