04 August 2013

0 10.



Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan). 

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).



Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).



Ramadhan hampir pergi.
Semoga ianya bukan yang terakhir kali.
Allahumma innaka 'afuwwun kareem tuhibbul 'afwa fa'fu'anni
ya Allah,sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia,yg suka memberi pengampunan,maka ampunilah kami.
Allahumma ameen!

Taqabbalallahu minna wa minkum!

salam Ramadhan 1434H.


28 June 2013

0 da'ie:Kita keliru. Kita garu kepala.

Betulkan tempat duduk. Tarik nafas dalam-dalam.

Ini bukankah suatu post yang mudah untuk ditulis. Selain daripada bakal mengoyak dan merobek banyak hati di luar sana, ia juga merupakan tempeleng kuat buat diri sendiri. 

Tetapi kebenaran tetap perlu diungkapkan, walau ia sepahit hempedu dan semasin kari ayam terlebih garam. Eh. 

Baiklah.

Singsing lengan. 

Dahulu apabila kita mula-mula berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah ini, antara perkara yang paling sukar dilakukan selain daripada bertajammuk (menggabungkan) diri kita dengan gerabak yang bergerak laju ini adalah beriltizam untuk mengikis semua karat jahiliyyah yang ada pada diri. Pertama kali kita mendengar pengisian Babai Jahiliyyah, kepala kita dihempap guni beras Faezah dan pipi kita ditampar dan dilempang berkali-kali.

Sakit. Pedih. Seriau. 

Pada mulanya kita hidup dalam penafian (Baca: Self denial). Kita tidak boleh menerima hakikat aktiviti seharian kita seperti merokok, berkapel, marathon movie, bermain game dan sebagainya, dikira sebagai jahiliyyah. Kita mencari-cari dalil dan alasan untuk terus menghalalkan perbuatan dan tabiat kita itu. 

Namun apabila kita mula aktif dalam tarbiyah dan dakwah, apabila kita sudah mula mentajmik dan mendekati hadek-hadek, apabila kita sudah mula terlibat dalam perbincangan dan penyusunan gerak kerja dakwah, kita mendapati bahawah jahiliyyah-jahiliyyah yang ada pada diri benar-benar menjadi penghalang kepada lajunya kita di atas jalan ini. Aktiviti-aktiviti lagha dan tidak berfaedah kita berpotensi besar untuk menjadi fitnah kepada panji yang kita bawa. Kita semakin jelas bahawa jahiliyyah dan maksiat yang kita cuba pertahankan itu sebenarnya menjadi beban dan kesukaran kepada kita.

Kita akhirnya, dengan bimbingan dan taufiq daripadaNya, bersetuju bahawa kita mesti dan wajib berusaha untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah ini. Maka kita pon dengan susah-payahnya, dengan hidung kembang-kempisnya, dengan tudung labuh shiuhh shiuuuhh ditiup anginnya, berusahalah dengan segigihnya untuk mula meninggalkan tabiat-tabiat lama yang dikira sebagai jahiliyyah itu. Dengan bantuan dan sokongan daripada ikhwah/akhawat terchenta, ditambah pula dengan kesungguhan kita merapatkan hubungan kita dengan Allah 'Azza Wajalla, kita mula merasakan kemanisan hidup yang bebas daripada jahiliyyah. Kita semakin faham dan yakin mengapa kita sering dituntut dan disuruh untuk segera menghalau jauh-jauh jahiliyyah yang bertepek dan berteduh di dalam hati kita. 

Nikmat. Bahagia. Mata bersinar-sinar.

Tarik nafas lega.

Namun...

*lagu latar belakang saspen*

Dek kerana terbiasanya kita dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang lama, tindakan kita meninggalkannya menyebabkan kita telah turut meninggalkan suatu vakum, ruang kosong dalam diri kita. Masakan tidak. Dahulunya berjam-jam kita habiskan untuk bermain DOTA dan PES. Berjam-jam kita habiskan menonton filem Korea dan Hindi. Berjam-jam kita habiskan untuk bertemu janji dengan kekasih pojaan hati. Berjam-jam pula kita sanggup habiskan untuk mencuci mata di gedung beli-belah, pulang dengan tangan yang kosong pon kita dah hepi. Arakian apabila kita telah tinggalkan semua itu, kini hidup kita kekosongan. Masa yang ada kita tidak tahu untuk isikan dengan apa.

Kita kebingungan. Kita keliru. Kita garu kepala.

Maka kita pon menggantikan kekosongan masa yang ada dengan akviti baru yang mematuhi prinsip-prinsip tarbiyah dan syariah. Kita mula berjinak-jinak dengan seni fotografi untuk kita hasilkan kertas dinding (Baca: Wallpaper) osem bertemakan kuot-kuot tarbiyah dan dakwah. Kita buka akaun beloger untuk kita mula menulis post-post Islamik untuk tatapan ramai, terutamanya para penggerak dakwah. Kita buka laman khas di MukaBuku untuk kita kongsikan video, artikel, status dan yang seumpamanya yang bertemakan tarbiyah dan dakwah untuk faedah bersama. Kita semakin rapat dengan ikhwah, berjimba naik Bukit Broga bersama mereka dan turun bermain futsal bersama-sama. Kita mula berkecimpung dalam pembuatan video untuk kita hasilkan video-video bermesej Islami dan untuk kita sertai Pertandingan Video Osem APG. Eh.

Sempat lagi promot kau. Wahahaha. 


Semuanya tampak baik-baik belaka. Semuanya ok dan lancar. Semuanya bagus dan anda berhak mendapat tepukan syabas di bahu. Malah usaha-usaha anda ini disanjung tinggi dan mendapat sokongan terpuji kerana berjaya menarik minat lebih ramai orang di luar sana untuk berkenalan dengan tarbiyah dan dakwah. Sudah mula ada yang bertanya tentang bulatan gembira. Sudah ada yang mendekati untuk mohon bimbingan untuk berubah. Sudah ramai yang meminta nasihat dan tunjuk ajar.


Alhamdulillah. Tsummal hamdulillah.


Jadi, err, apa masalahnya Inche gabbana..? Semua macam osem sahaja. Anda salah tulis post tak..? 


Masalahnya? Masalahnya bermula apabila kita mula 'larut' dalam hobi baru ini. Aktiviti dan kegiatan yang sepatutnya menggantikan jahiliyyah lama, yang sewajarnya menjadi senjata baru kita dalam tarbiyah dan dakwah, kini telah bertukar menjadi jahiliyyah baru. Dan jahiliyyah-jahiliyyah baru ini jauh lebih merbahaya kerana kita tidak sedar yang ia adalah jahiliyyah dan kita sentiasa punya hujah dan dalil untuk membenarkannya.


Anda tidak percaya? Tidak boleh terima? Mari kita kaji bersama-sama. 


Fotografi

Awal-awal dahulu kita minat fotografi biasa-biasa sahaja. Namun setelah mula dipujuk oleh ikhwah untuk mula seriyes melihatkan bakat yang ada pada kita, dan sering diminta untuk menangkap gambar ikhwah melompat dan posing maut, minat kita mula membibit. Kita mula mengumpul duit untuk membeli DSLR yang konfem mahal harganya. Masa kita banyak dihabiskan untuk memikirkan pemandangan, sudut dan masa yang paling sesuai untuk menangkap gambar. Tidak kurang juga yang dihabiskan untuk memilih, mengedit, mengubahsuai dan sebagainya gambar-gambar yang ada. Kita berkecil hati bila ada yang mengkritik hasil kerja kita. Kita sentiasa mengharapkan pujian dan usapan di kepala untuk hasil titik peluh kita. Akhirnya kita jadi mat kamera, yang tidak ada bezanya dengan mat dan minah kamera di luar sana.

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?


Belog

Mula-mula dahulu, kita berbelog kerana benar-benar mahu menterjemahkan fikrah kita ke dalam bentuk penulisan. Dan benar sekali, setiap kali kita menulis, setiap kali itu juga kita semakin yakin dan faham dengan fikrah yang kita bawa. Namun lama-kelamaan, kita semakin ketagih untuk menulis. Setiap masa yang terluang, kita akan habiskan dengan memikirkan idea-idea baru untuk diterjemahkan. Jika sehari tidak menulis post terbaru, hati kita jadi resah, gundah. Kita terlalu amat gembira apabila komen-komen yang ditinggalkan memuji lambung tinggi tulisan kita, tetapi sedih dan tidak boleh terima komen-komen yang mengkritik. Kita ternanti-nanti pengikut baru yang setia membaca belog kita. Kita mula berfikir jauh, bagaimana mahu mengkomersilkan hasil tulisan kita, bagaimana mahu mencantikkan lagi belog dan bagaimana mahu menjadikan belog kita lebih dan lebih popular. Akhirnya tenaga dan buah fikiran kita lebih banyak ditumpukan kepada belog kita daripada berfikir tentang gerak kerja tarbiyah dan dakwah.

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?


Ok tunggu sebentar, saya mahu tutup muka dengan beg kertas sambil nanges laju-laju. Kerana kali ini ia benar-benar menusuk tepat pada jantung dan kalbu.


Ehem. 


MukaBuku

Setelah mendapat sentuhan tarbiyah, kita mula menukar gambar profil kita kepada gambar yang lebih soleh wal musleh. Kita untag gambar-gambar lama yang penuh dengan unsur syubhah dan mencurigakan. Kita mula bertatih menulis status-status yang lebih Islamik, berkongsikan kuot-kuot osem dan video-video ceramah yang menyentuh jiwa. Lama kelamaan masa kita banyak sekali dibazirkan untuk itu. Berjam-jam kita habiskan menatal garis masa, kononnya nak tahu khabar berita ikhwah dan hadek-hadek terchenta. Kita sentiasa memerah otak, memikirkan status yang paling gempak. Kita teruja tahap maksima setiap kali mendapat permintaan menjadi rakan baru atau ada rakan yang mendinding kita. Akhirnya kita menjadi tahi MukaBuku; sehari tidak berMukaBuku, kita merasakan hidup kita tidak lengkap dan sempurna. Dah, apa bezanya kita dengan orang di luar sana?

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?


Paaannngg. Aduhhh sapa pula yang tempeleng ni....??


Ukhuwwah

Waduh betapa bahagianya hati kita, apabila Allah menggantikan hubungan cintan-cintun hidung berdarah dengan gelpren kita dulu dengan ukhuwwah fillah abadaan abadaa. Betapa nikmatnya kita bercipiki-cipika, berpelukan mesra dengan ikhwah terchenta. Dan kita benar-benar dapat merasakan keikhlasan perhubungan itu. Namun rupa-rupanya vakum yang kita tinggalkan memerlukan lebih daripada itu. Kita mula menyayangi ikhwah tertentu lebih daripada biasa. Kita mula menyintai dirinya seolah-olahnya dia adalah gelpren kita. Kita cemburu apabila si dia rapat dan bermesra dengan ikhwah lain. Kita tidak lalu makan tak boleh nak tidur kerana terlalu amat merindukan dirinya. Oii nak jadi macam Zilal ke bang...??

Bulu roma meremang.


Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya tu?


Lain-lain

Awal-awal dahulu kononnya kita berfutsal sebab mahu mentajmik hadek-hadek baru. Sekarang ni kalau seminggu tak main futsal, konfem gatal kaki. Di padang permainan kita jadi macam raksasa; marah sana, ego sini, tengking itu, mencarut ini. Qudwah ke mana, tarbiyah ke laut. Aduhai. Buat video Islamik nak tarik minat lebih ramai orang ke arah Islam. Namun lepas jadi semakin popular, mulalah nak tunjuk muka, nak mekap lebih-lebih bagi nampak hensem dan bergaya. Apabila semakin ramai akhawat yang meninggalkan komen dan pujian, kita sudah berani untuk mengucapkan, "Hai adik manis, abang ni ikhwah beriman. Boleh kita berkenalan..?"

Tersedak. 


Nah bagaimana..? Betul kan cakap saya..?


Oh tunggu sebentar ya..? Saya mahu ambil peti kecemasan. Rasanya ramai yang perlukan plaster dan iodin untuk cuci luka di hati, pipi dan kepala! Wahahaha..


Masih adakah? Atau kita tak tak pernah kikis pon selama ni sebenarnya..? Gasp. [Kredit]

Itu baharu sedikit contoh yang saya berikan. Saya yakin, selepas ini anda akan ditampar dan dilempang berkali-kali dan kali dan kali kerana contoh-contoh baharu yang kena pada diri mula datang menyerang bertubi-tubi. 

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) keji..."
[al-Muddathir, 74:1-5]

Dakwah dan jahiliyyah tidak mungkin boleh bercampur-aduk. Tarbiyah dan maksiat adalah formula gagal yang tidak mungkin akan membuahkan kemenangan. Dakwah dan jahiliyyah yang bercampur hanya akan mendatangkan fitnah. Tarbiyah dan maksiat yang bersatu hanya akan menanam makar-makar jahat yang memusnah!


"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna..."
[al-Mu'minuun, 23:1-3]

Kemenangan tidak akan datang kepada mereka yang banyak bermaksiat, sama ada sedar atau pon tidak. Allah tidak akan memenangkan para dua't yang masih bermain-main dengan jahiliyyahnya. Para malaikat dan makhluk sekalian alam juga tidak mahu mendoakan kemenangan buat kita yang rupa-rupanya masih punya jiwa yang berkarat dengan jahiliyyah.


Allahu. Campak hirisan bawang pada mata. 


Ayuh ikhwah dan akhawat. Kita penuhkan masa-masa kita dengan perkara-perkara berfaedah yang benar-benar akan menguntungkan Islam. Kita rancang jadual seharian kita dengan sebaiknya, agar tidak tersisa walau sesaat cuma yang akan dibazirkan. Ayuh kita kuatkan saf-saf kita dengan memanfaatkan setiap tenaga, masa dan harta yang ada dengan memenuhkan masa lapang kita dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, tanpa mengenal erti lelah dan putus-asa.


Kerana sungguh, masa lapang dan terluang bagi seorang dai'e itu adalah permulaan maksiat baginya.

-gabbana-


Sangat risau dengan gejala 'menghalalkan' jahiliyyah dan maksiat, hanya kerana seorang ustaz atau syaikh membenarkannya. Biarlah orang lain melakukannya, tapi kita kena tegas dan syadid untuk diri kita sendiri.


Kerana untuk menjadi seorang hamba warak yang dekat kepadaNya, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara syubhah yang meragukan, hatta ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyakitkan.


Moga Allah kurniakan kita dengan mata hati yang bersih, agar kita benar-benar dapat membezakan antara al-haq dan al-bathil. Moga Allah kurniakan kita dengan kemahuan dan kekuatan untuk sentiasa chenta dan suka pada yang haq dan benci dan meluat pada yang bathil. Amin. Moga Allah redha. 

saya salin dan tepek dari blog ini:da'ie garang.:p

-salaam jumaah-
doakan saya.doakan semua.
#lamaxbukakblog,kena cari penyapu ni..sapu 'sampah'.:)

13 February 2013

0 menimbang rasa


Bismillah.Ini entri pertama saya untuk tahun 2013 ini,erk,agak terlambat ,bukan?.Erm,banyak perkara yang terjadi.Samada manis atau pahit,itulah kehidupan kan?Mujurlah ada pertolongan Allah iaitu dengan tarbiyah.Saya bukan seorang yang suka meluahkan segalanya samada di blog,facebook,twitter dan sebagainya,sebagaimana orang lain.Ini pandangan saya,segala apa yang terbuku di hati,saya luahkan pada yang Maha Mengetahui.Saya yakin bahawa disisi dan dari Dialah segala penawar dan solusi yang kita cari untuk menyelesaikan masalah kita(as Syarh:5-6)Allahu.Buktinya,atas semua yang berlaku pada diri saya dan kalian,itulah takdir Allah.Dari Dia datangnya masalah dan dari Dia jua datangnya penyelesaian,jadi,carilah Allah dalam setiap kerja buatmu.



saya hanya ingin berkongsi..sudikan membacanya perkembangan ini:^^

1)Isu politik

Yerp,sejujurnya saya rasa geram dengan keadaan politik sekarang,jadi,untuk meneguhkan pendirian saya,saya kena dan mesti habiskan Risalah Imam Hasan Al Banna,dalam tahun ini juga,kerana itu adalah azam untuk tahun hijrah saya pada kali ini.InshaAllah.

sedikit perkongsian daripada seorang akhowat:

2013
PRU13
Umur saya 22 tahun.


Ini kali PERTAMA saya nak buang undi.
Saya muda lagi,
selalu duduk atas pagar.
Tengok pakcik rumah biru gaduh dengan jiran rumah hijau.



Sedang parah gaduh tu, saya nampak anak-anak, dan segala harta benda pakcik biru dan hijau ni dicuri oleh perompak.

Saya jerit dekat pakcik biru dan hijau tu,
"Pakcik biru, pakcik hijau....rumah pakcik berdua dirompak orang"

"EH ANAK MUDA DIAM..! JANGAN CAMPUR URUSAN ORANG TUA!!"
Saya tersentap dengan amaran itu.

Pakcik biru dan hijau terus bergaduh.

"yelah...aku budak lagi..." Saya mengeluh panjang di dalam hati.

Tiba-tiba,
perompak-perompak tersebut melempar keluar Al Quran dari rumah pakcik hijau dan pakcik biru.
Lalu perompak-perompak tersebut memijak-mijak kitab suci itu.

Lantas saya menjerit,
"Pakcik biru, pakcik hijau..!! Quran suci kita dihina!!!"

Mata mereka merenung tajam ke arah perompak tersebut. Perompak itu berhenti memijak kitab suci umat islam itu.

Saya bersyukur lega. Akhirnya pakcik biru dan hijau dapat sepakat dalam mempertahankan hak mereka.

Tidak sampai 1 minit. Teriakan dan hinaan sesama pakcik biru dan hijau kembali kedengaran.
Mereka kembali mencaci dan bergaduh.

Perompak yang durjana itu terus membuat onar dengan memijak dan membakar kitab suci al quran itu.
Anak-anak pakcik biru dan hijau dirosakkan oleh perompak terbabit.

Air mataku mengalir melihat fitnah yang melanda umat Muhammad SAW ini........
AKU BOSAN
AKU PERLU BANGUN
AKU TIDAK MAHU LAGI BERPANGKU TANGAN DI ATAS PAGAR

KITA BANGKIT MEMBAWA ARUS BARU.
UNTUK UMAT.
UNTUK ISLAM YANG MULIA.

AYUH BERSAMA KAMI
MENERAJU ARUS BARU

SELAMATKAN ISLAM...!!!
~~UNDILAH CALON MUSLIM BERWIBAWA~~~

"Arus Baru" berperanan menjadi penentu dan pengimbang kuasa untuk memastikan kedudukan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan terpelihara. 

~Sharifah Abdul Samad~


2)Usrah AL HUBB HUNA

alhamdulillah,setelah 2 tahun berada di Kolej Kejururawatan Kuantan ini,usrah terpaksa dibahagikan kepada 3 kumpulan,kerana terlalu ramai,fuh!alhamdulillah!sangat3!Allah permudahkan hati-hati lembut ini bertemu:)inshaAllah,saya memegang satu daripadanya.Yelah,agak penat dan mendesak diri untuk lebih perbaiki diri dan perhebatkan lagi dakwah fardhiyyah,tapi puas hati kerana dapat bertemu wajah-wajah yang cintakan agama.Alhamdulillah!Ok,saya bukan contoh yang terbaik jika mereka inginkan naqibah yang lembut.Huhu.Kerana saya mengikut rentak mereka,kadang-kadang poyo,kadang-kadang comel,kadang-kadang 'bley tahannn'.Kadang-kadang serius.Huhu,Maaf.maaf.maaf.^^

Kump 1 yg setia bersama ketika suka dan duka^^(sahabiah dari mulanya berusrah!)
Saya sayang mereka lillahi.Anak2 usrah veteran. :p

3)Nursing dan kolej.

Ok,alhamdulillah,saya dah semester 4 yang dikenali juga sebagai semester komuniti.:)Tak lama lagi akan memasuki fasa praktikal di klinik,berjumpa dengan orang ramai,beramah mesra dengan ibu-ibu mengandung dan budak-budak:)))Study?alhamdulillah,ok lagi:)pencapaian setakat ini adalah jayyid jiddan!mumtaz,inshaAllah,I will try my best:)ameen.Cuma,ada masalah sedikit berkaitan pentadbiran kolej yang agak mencabar diri kami geng usrah untuk melakukan program kerana disebabkan seorang staf.Allahu Allah,tak perlu cerita panjang,saya anggap ini sebagai ujian dalam dakwah.Doakan dipermudah yer.Walaupun perit sebenarnya nak ditelan,sampaikan nak mula buat kilang air mata pun jadi tiada modal nak buat dah.Ish..ish..ish,rasanya baru sahaja menjejakkan kaki di sini,dah masuk 2 tahun,dan tinggal lagi setahun untuk menghabiskan Diploma Kejururawatan ini.Saya baru ber'diploma',rakan-rakan lain,dah masuk ber'Ijazah'.Keep smile and says,Allah punya ketetapan rezeki dan kehidupan yang tersendiri buat setiap manusia.Saya rasa,dengan adanya diploma ini sahaja,sudah dan akan banyak membantu saya memberi manfaat pada orang lain.Walaupun tanpa diploma,kita tetap akan beri manfaat pada yang lain jika kita sedar apa hala tuju kita,untuk Allah dan kepada Allah.InshaAllah.

melalui mereka,Allah mengajar saya.^^
Be strong!



4)Keluarga

alhamdulillah!semuanya sihat,tok dan tokki sudah semakin sihat,banyak yang saya belajar sewaktu menjaga mereka ketika sakit.Pengalaman orang-orang tua.Mak dan abah?alhamdulillah,semuanya sihat,termasuk keluarga tersayang,moga dipanjangkan usia dan diberkati kehidupan.inshaAllah,ameen.How  about my heroes?Huhu,Abang long Faheem ,Aqiel dan Faiz dah meningkat 'dewasa'.Dah sekowah(bahasa aqiel:sekolah)Tadika.Still handsome.Still cute.Sampaikan tak boleh bayangkan macamanalah rupa mereka2 ini bila dah besar panjang nanti.Hero ma'njang kot..:P dan heroin pun dah besar,wanna see ?
                 





ini adik Nuha,di Sarawak.
Dah besaq,pipi pun dah macam belon,ada udara didalamnya dan boleh dicubit.
Suara dia 'merdu'
Rambut pun boleh tahan.
Solehah,inshaAllah.:)





ini kak Hana
Dah besaq dan anggun.
Suara pun boleh tahan,
lagu kegemaran:Qasidah Ya Hanana(SESIAPA YG INGIN MENDUKUNG MUSLIMAH INI,PASTIKAN ANDA HAFAL LIRIK INI DAHULU,PERINGATAN.)^^

5)Nurul Izzah Khalid?

Heh~alhamdulillah,sihat-sihat je inshaAllah.Moga Allah redha.Lain rupa sikit :p Erm,lupa,sebenarnya ada TCA(To come again) dengan pakar ENT(EAR,NOSE & THROAT),buat MRI and so on.Diagnos apa?Em,saya terpaksa rahsiakan dahulu,maaf yer,Cuma saya harapkan doakan tiada apa yang agak berat untuk diterima.Saya bukan nak raih simpati,cuma tolong doakan yer.:))Hati?inshaAllah,doakan juga yer.Doakan impian saya untuk  mencontohi Maryam r.a.Kenapa saya memilih dia?^^ Allah knows best.Walaupun terlalu awal untuk berkata sedemikian,tetapi itu sahaja yang dapat menguatkan saya,dan saya ingin katakan,saya bahagia jika melihat sahabat saya dan akhowat yang saya sayang kerana Allah akan dan telah membina Baitul Muslim walaupun lebih awal daripada saya.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita,masa yang terbaik dan segalanya akan menjadi lebih baik mengikut aturan Allah dari semua aspek.Selebihnya tentang urusan BM ,biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu,kerana saya tak mengharapkan orang-orang tertentu itu tahu,cukuplah sampai di situ.Saya doakan.Doakan saya juga.^^

Opss!mashaAllah..tak ubah macam tak jumpa setahun,nak bercerita ini dan itu.Maaf,maaf,tak sengaja nak taip panjang-panjang.Terakhir dari saya buat kali ini,doakan saya lebih kuat berada di sini dan di mana-mana perlunya tarbiyah.Jazakumullahu khairan katheera.Saya sayang kalian lillahi.Maaf sekali lagi andai entri kali ini sedikit menyentuh peribadi,

Di sini ada sedikit kata-kata tarbiyah:

#Ada yang mengeluh,ingin gugur dan jatuh lalu dia berkata lelah..
Ada yang lelah,tubuhnya penat,tetapi semangatnya kuat dan dia berkata LILLAH.

#Oh Allah,I’am coarse,so make me soft and I am stingy,so make me generous and I am weak,so make me strong.-Umar al Khattab

#Don’t pray for an easy life,pray for the strength to endure a hard one.

#Syed Qutb Rahimahullah;

"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah.."





Maaf,andai ada typing error atau error saya sendiri,last but not least,TOLONG DOAKAN,please...:



when I pretend to be strong,no one sees my hidden tears except Allah.alhamdulillah.:) I still have Allah.(sebak)
wassalam.Allahua'lam.T_T
 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates