30 December 2012

0 Semangat!

Allahu Allah..Salaam aleik.^^

Moga kalian dalam rahmat Allah selalu,insha Allah.Jangan lupa doakan semua umat Islam terutama di Palestin,Syria,Rohingya,Iraq dan lain-lain serta Malaysia sendiri yang bergolak dengan masalah identiti diri dan sosial.Ok,walaupun mungkin kalian sudah tahu,atau belum tahu,di sini saya ingin kongsikan suatu perkara.Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".Saya rasa saya belum terlambat untuk berkongsi tentang kumpulan pejuang Islam ini,kerana isu Palestin sentiasa subur dalam ingatan umat Islam.Allahu Akbar!
Saya berkongsi artikel ini juga ialah untuk menaikkan semangat dan ingatan saya pada Palestin tercinta!
ok,ok,jom mula!




JIKA :

~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam " :

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

kredit:Penulis(moga Allah rahmatimu,inshaAllah)

Doa.Doakan mereka.:,)))

                                     -----------------------------------------------------------------------


{coretan}

Alhamdulillah,semester 3 telah berakhir.:)Keputusan peperiksaan akhir,alhamdulillah,allahu akbar!segalanya dari Dia.Meningkat!
Kini,dah nak masuk semester 4,semester yang bakal berhadapan dengan komuniti(di klinik kesihatan) dan praktikal mengikut waktu pejabat.
Doakan saya!:)Doakan dipermudahkan segalanya.




#hero2 ma'njang pun dah nak start sekolah balik.:)

allahua'lam.

15 December 2012

0 mana milik kita?

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya


Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita

Allahu..tidak tercoret lagi apa yang hendak saya coretkan kali ini :).Mudah-mudahan lagu ini menjadikan kita lebih bermuhasabah dan koreksi diri.Insha Allah,

#kosong.tapi berinti.:p



tidak lupa.untuk Gaza :)
teruskan berdoa!




16 November 2012

0 Maafkan aku,Gaza.


Every day we tell each other
That this day will be
Will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights
What happened to the sanctity of life
And all those other lies
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

-Palestin will be free-MZ

1 Muharam 1434H baru sahaja menjengah,Gaza diserang lagi!
Mengejutkan dunia kembali,
supaya bangun dari lena yang lama dan bermusim,

hanya untuk Gaza dan umat Islam,
teruskanlah doa,
teruskanlah boikot barangan Israel,
teruskanlah menyebarkan maklumat,
teruskanlah..
segala usaha yang menunjukkan keprihatinan kita pada saudara Islam kita,

Gaza,Palestin
Maafkan aku jika terleka dalam mendengar khabarmu,
Maafkan aku jika terlalu menikmati keamanan dinegaraku tanpa mengingati kesengsaraanmu,
maafkanku jika terlalai dalam mendoakanmu,
maafkan aku.

selagi diberi peluang oleh Allah,
aku hanya boleh berbakti kepadamu,
dengan perkara2 itu,
boikot,
sebar,
doa,
umat prihatin,
walaupun jauh sekali berpeluang untuk berada dalam barisan para syuhada',
tapi,siapa tahu?
itu tidak mustahil,jika diizin Allah!

usah bimbang,
bumimu dalam rahmat dan naungan Allah,
kemenangan pasti milikmu.
inshaallah.

16/11/12@11.08pm

#sudi2kanlah menjengah web berkaitan perkembangan di Gaza,Palestin,contohnya:tepi blog saya.moga bermanfaat!allahua'alam.



 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates