22 April 2010

0 jalan ini..menujuNya..


Awwalu kalam..assalamualaikum w.b.t..uhibbukum fillah..selagi diizinkan Allah untuk terus bernyawa di dunia yang sementara ini,selagi itulah hati ini sayangkan kalian semua kerana Allah..entahlah,tiba2 terasa ingin mencoretkan beberapa kata dan pesanan utk diri yang bakal menyambung cita-cita dalam tuntutan ilmu kelak,insyaAllah,tidak mahu dibiar terleka dari matlamat hidup yg sebenar..(khusus untuk diri,yg akan membaca entri ini kelak..bagaimana imanmu hari ini puteriku..?)dan untuk kalian,ambillah apa yg boleh dijadikan peringatan buat diri kalian juga,insyaAllah..
buatmu saudara2 Islamku fillah..

saudara2 islamku fillah,maaf jika ada ketika entri2 yang ana muatkan di dalam blog ini tidak menyenangkan hati sesiapa.Tiada niat ana untuk mengatakan segala apa yang ana kongsikan,hanyalah untuk mengiyakan pandangan ana sahaja yang benar,sesungguhnya setiap apa yang ana tintakan di blog ini hanya pandangan dan pemerhatian ana semata-mata,serta sekadar perkongsian bersama.Masing-masing punya pandangan berkesesuaian dengan fikiran masing-masing.Semua itu kuasa ya Rabbi.Mengurniakan akal fikiran kepada kita untuk berfikir,apa yang hak dan batil..untuk ilmu Allah,perlulah sentiasa dicari,apatah lagi bagi diri ana sendiri,yang masih banyak yang perlu dipelajari terutama dalam pentarbiyahan dan pengislahan diri dan saudara2 islam yang lain..pandangan serta komen kalian ana sangat alu-alukan untuk menampung mana yang kurang.Syukran dan jazakumullahu khairan..mudah2an usaha kita semua diredhai dan dipermudahkan Allah,insyaALLAH..dengan syarat,berlandaskan niat yg ikhlas dan betul keranaNya...

Impian..insyaAllah..~

Doa dari kalian amat ana harapkan..mudah2an Allah membuka peluang dan permudahkan urusan untuk ana menyambung pelajaran dalam bidang farmasi,insyaALLAH,jika diberi peluang oleh Ilahi,jawatan Pegawai Farmasi ingin ana pegang,walaupun harapan dan cita-cita yang asalnya ingin bergelar doktor psikatri terpaksa ana lupakan..=)tafaddhal,Dia memberi yg terbaik utk hamba2Nya,InsyaALLAH,rezeki Allah tidak terhitung,subhanallah...Dan tempat yang akan ana lazimi untuk ziarah ialah Wad Kanak-Kanak..kenapa??=)biarlah Dia sahaja yg mengetahui asbabnya=)...bagi ana,hospital..salah sebuah tempat yg banyak memberi peringatan pd diri dan juga sebagai medium untuk muhasabah diri.Kematian,kesakitan,keperitan dan lain-lain tanda kasihNya Ilahi,rasanya terlalu banyak untuk ana senaraikan semuanya di sini.Ala kulli haal,ujian2 inilah yang mengajar erti kehidupan yg sebenar..erti kesabaran yg indah,erti pengislahan diri yg sebenar,bayangkan diri kita berada di tempat mereka yg tidak bernasib baik,setiap hari perlu dirawat,diubati,menanggung derita dan sebagainya..sanggupkah??Fitrah manusia inginkan kesenangan dalam hidup,tapi antara kita sedar atau tidak,kepayahan itulah tarbiyah dari Allah dan itulah hikmah kehidupan yg terbaik untuk hamba yg dicipta dari yg Maha Pencipta.Oleh itu,syukurilah dengan nikmat yg Allah berikan kpd kita,janganlah kita mengeluh,usahlah kita bersedih...Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..insyaALLAH..Aturan Allah cukup indah bagi sesiapa yg mahu memikirkan tentang kekuasaanNya..

"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t bagi setiap insan yg berjiwa sabar dan banyak bersyukur."(Ibrahim:5,Luqman:31,Saba':19 dan As syuuraa:33)


"Sesiapa yg bertaqwa kepada Allah,maka Dia akan memberikan jalan keluar,dan memberikannya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka.."(at Talaq:2-3)


~perjuangan yang tiada berkesudahan..

ya Allah..ana sayangkan jalan ini..
jalan yang Kau temukan hati2 yg ingin melamar redhaMU..
bersama ukhti2ku,ukhwah yang terbina terasa indah,
ya rabbi..janganlah Kau selitkan hatiku dgn cinta palsu manusiawi..
godaan dunia yg diduduki..
sesungguhnya syurgaMu inginku diami..
KekasihMu yang ku rindui..
dan demiMu ya Rabbi..
tapi..
mungkinkah diri ini layak untuk syurgaMu yg sejati..?.
sedangkan diri ini belum cukup untuk melamar cintaMu yg abadi..
adakah kumampu untuk melangkah pintu2 syurgaMu ya Rabbi..?
ya Allah..hanyalah Kau yang Maha Mengetahui..
ya Rabbi,jika syurga itu layak untukku,bawalah bersama insan2 yg kucintai..
ibu bapaku yg disayangi..
saudara2 islamku fillah..
serta insan yg ku belum 'miliki'..
zaujku..temanku dalam jalan dakwah ini..
dan apa yang ku takuti..
janganlah Kau hampirkan kami dengan neraka jahimMu ya Rahiim..
jauhikanlah diri kami darinya ya Allah..
Ampunilah kami ya Allah..terimalah doa kami ya Allah..terimalah amalan kami ya Allah..
amiin..allahumma amiin..~

Destinasi Cinta..

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..



~untuk diri..

Ana telah dirisik Ilahi sejak diri masih di dalam perut ibu,saat itu,tidak lama selepas ditiupi roh oleh malaikat yg setianya hanya utk Ilahi,perjanjian dimeterai,ana terima syarat2nya,pertunangan dibuat,akad nikah dilakukan,bukan di depan manusia,tetapi di depan ALLAH sambil disaksikan para malaikat.Ketentuan hidup ana,ajal,jodoh dan amalan
ana hingga ke hari kepulangan ana kepadaNya dicatat dan ditandatangani,hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya,sehinggalah suatu hari ana dizinkan Allah utk melihat dunia ini,terus-terusan Dia mberi nikmat kpd ana utk hidup sehingga ke hari ini..

‘zauj’ rohani ana namanya “perjuangan utk ISLAM”..manakala zauj diri ana,yg bakal ana melabuhkan cinta kerana Allah,dan yg bakal mjadi pendamping dlm jalan dakwah ini..wallahu’alam,Dia maha Mengetahui..mungkin masanya belum tiba dan masih belum dizinkan Ilahi...sebelum saat itu tiba,cintaNya yg ana dambakan,kasihNya abadi,sayangNya tak bertepi..Allahu Allah..dan insyaAllah,cinta ini kekal sehingga saat jasad ini kembali kepadaNya...mudah2an diri thabt dlm memenuhi perjanjian denganMu ya Ilahi,demi Islam tercinta,demi sunnah kekasihMu yg mulia..


Bagaimana dgn kalian,saudara2 Islamku fillah..bukankah kita semua sama?asal kejadian manusia yg sama..ciptaan yg hanya dicipta oleh sang Pencipta..
dan perjanjian dgn Allah suatu masa dahulu,adakah sudah kita penuhi?yang bakal dituntut Allah di hari pembalasan nanti..terlaksanakah??peringatan utk diri dan juga semua,bersama2lah kita muhasabah kembali,apa amalan terbaik yg kita lakukan hingga ke hari ini UNTUK Allah?utk agamaNya?
wall
ahu’alam..Allah..Allah..Allah..ampunilah kami ya Allah..amiin allahumma amiin..~~

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates