17 April 2010

0 ~senyum..senyum..senyumlah..=)


"Kenapa dengan kau ni,tak henti2 tersenyum dari tadi aku tengok..??
Mat bertanya kepada rakannya,Man sambil menonjol2 bahu rakannya itu.
"Alaa..senyuman itukan sedekah...",jawapnya ringkas,sambil tersengih.
"Itu aku tahulah..tapikan,bila tengok je kau senyum sengih2 macam ni,meluat jugak aku rasa.."..Mat membalas seraya menjegilkan mata,mempamerkan 'keluatannya'.
Si rakan tadi terasa.
'emm,aku senyum pun salah..bukannya aku suruh kau bayar..takpe Man,sabar Man,sabar..ingat ALLAH..",detik hati Man,menahan sabar.Memujuk hatinya.

Kemudian dibalasnya pula..
"Aku sedarlah Mat,aku ni bukan se'handsome' kau..tapi sekurang-kurangnya kalau aku senyum,manis lah jugak..heheh..bukan niat tak baik,nak 'usha'2 perempuan ke,..takdelah..aku ikhlas.."
Rakannya yang membisu dari tadi,membalas..
"owh..ye ke?..hehe,aku tahu,aku handsome..tapi setakat nak senyum saje2 ni,mahal sikit senyuman aku tu kawan.."katanya membangga diri sambil mengangguk-angguk kepalanya,mengiyakan.
Si rakan tadi,Man,menggeleng2kan kepalanya.
"Senyum ni bukan sia-sia kawan,asal niat dilakukan kerana ALLAH dan untuk mendapat ganjaranNya.Itulah tujuannya.Senyuman ni ubat,kau tahu..ubat kepada hati yang sakit..Rasulullah pun suka tersenyum..orang yang pandang kita pun senang hati,selain daripada sedekah,senyum ni dapat menyenangkan hati orang lain,hatta kita tidak kenal diorang..ye la kan..mana tahu kebetulan diorang rasa gelisah at
au banyak masalah..sekurang2nya dengan senyuman,dapat redakan sedikit walaupun tidak semua,dan insyaALLAH, ganjaran ALLAH itu menanti..."ulas Man bersungguh-sungguh sambil tersenyum.
Si rakan tadi membalas pendek.
"ye lah,betullah tu..".Mengalah akhirnya.

************

[=)]
Bercerita mengenai senyuman ni,terlalu banyak manfaatnya,serba sedikit apa yang dikatakan si Man sebentar tadi itu,benar..senyuman merupakan sedekah,juga senaman untuk muka (awet muda,petua orang-orang lama)..:)
Sebetulnya,senyuman ini ada juga masa dan ketikanya,difokuskan lagi untuk saudari2ku serta diriku juga..tidak mengapa jika ingin memurahkan senyuman kepada orang lain,tetapi,memadailah senyuman itu untuk sekaum kita juga..dan juga buat orang-orang yang dikenali,sahabat,saudara-mara dan seumpamanya.
Itulah yang lebih baik,tujuannya juga ialah bagi mengelakkan ada dalam kalangan hati hamba2 Allah yang berkemungkinan salah faham akan niat sebenar kita.

Kacak atau tidak seseorang lelaki itu,cantik atau tidak seseorang perempuan itu,bukannya menjadi masalah..bahkan tidak semua yang dikatakan kacak atau cantik itu begitu murah dengan senyuman.
Walaupun dengan tabarruj,jika wajah tidak diserikan dengan senyuman yang ikhlas walhal untuk sekaum sendiri,belum tentu anugerah cantik itu layak dia pegang,melainkan jika ingin memuji diri sendiri=)..
wallahu'alam..(~antara tabarruj dan senyuman lain pula halnya,sekadar peringatan,kerana fokus kita ialah mengenai senyuman..=))


Kisah di bawah ini untuk dijadikan iktibar bersama..=)

Suatu petang,ana bersama adik perempuan ana keluar ke bandar.Sedang kami berjalan-jalan melewati satu persatu buah kedai/bangunan,kami pun memasuki sebuah kedai kasut,kelihatan beberapa orang pembantu jualan,perempuan..Salah seorang daripada mereka,MasyaALLAH..tabarruj..untuk menambahkan kecantikannya barangkali,tapi sayangnya saudariku,mana senyumanmu..?Ana cuba memurahkan senyuman yang dari tadi tidak bersambut.Selepas selesai urusan pembayaran,itulah kali pertama saudari tadi tersenyum.Walaupun senyuman yang hambar,tidak mengapa,sudah dikira baik dia tersenyum,lega sedikit hati ini..=).
Berlainan pula dengan seorang lagi rakannya yang melayani pelanggan lain,wajahnya tidak lekang dari tersenyum,suka ana melihatnya.Kekalkannya,saudariku..=)

Kesimpulannya di sini,senyumlah.
Ibdah senyum ini,tampak remeh.Tapi yang remeh itulah yang sukar untuk kita amalkan ketika senang mahupun susah,dengan penuh keikhlasan.
Apa yang pasti,marilah memuhasabah diri bersama-sama.Mudah2an amalan yang dilakukan yang disertai niat ikhlas kerana Nya,diterima Allah,selaras mengamalkan sunnah baginda.

Seperti firman ALLAH

sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21)

************

~Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya.)

~Daripada Jabir bin Samurah R.A..dia berkata .. “Rasulullah SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).

~Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “Rasulullah SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riwayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini Hasan Ghorib)


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat Rasulullah SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang berperangai kasar ,ketika Uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda .Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai Rasulullah ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudian baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)


Dijelaskan Al-Khataby mengenai hadis ini.
Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Rasulullah SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.
Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain.
Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.
Baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…
( kitab FATHUL-BATI,10/469)

waallahu'alam..=)

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates