Piala Dunia 2010 kembali!!Demam bola kian terasa!!
Ungkapan-ungkapan seperti inilah yang menarik ana untuk menulis mengenainya dalam entri kali ini.Kebetulan sebuah artikel dalam satu majalah ilmiah bercerita mengenainya baru sahaja dibaca.Menarik untuk dikupas..insyaAllah..pelik bunyinya apabila ana mengutarakannya,walhal apabila diteliti,bola sepak sinonim dengan kaum Adam.Apa pun halnya,diharapkan dapat dilanjutkan pembacaan entri ana ini..selamat membaca dan membuat penilaian..=)
Umumnya tidak dinafikan bahawa bola sepak merupakan sukan yang digemari oleh jumhur rakyat seluruh dunia.Cuba kita teliti,dalam kalangan yang menggemarinya,sebahagian besar pernah bermain bola sepak walaupun belum pernah bermain bola sepak ataupun mewakili mana-mana sekolah,tempat kerja dan lain-lain.Fokus ana di sini ialah bukan pernah mewakili dalam mana-mana perlawanan atau tidak,tetapi,dalam kalangan yang menggemarinya,hanya sebahagian kecil yang turun ke padang.Berlari ke utara,timur,selatan dan barat semata-mata mengejar sebiji bola.selebihnya,mungkin hanya menonton,menyokong dan mengikuti perkembangan.
Satu fakta penting perlu kita fahami sedalam-dalamnya..Islam menggalakkan umatnya bersukan,bukan menonton orang lain bersukan.Pengecualian diberikan jika yang bersukan itu kaum keluarga terdekat,kaum kerabat,maka boleh menonton demi memberi sokongan moral dan dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
ala kulli haal,adapun menonton sesebuah negara,negeri atau kelab bersukan lalu memberikan sokongan kepada mereka,maka tindakan ini perlu dibuat penilaian oleh kita semua.
Emm,habis tu kenapa??apa kaitan dan sebabnya??
sebabnya ialah mari kita fikirkan jawapannya bersama-sama..
Dimanakah kepentingan memberi sokongan kepada pasukan sesebuah negara bersukan padahal negara itu tidak mempunyai kaitan langsung kepada kepentingan umat Islam dan umatnya??
Dimanakah manfaat menghabiskan masa menonton perlawanan bola sepak mana-mana negeri sementara negeri masing-masing lebih memerlukan warganya berusaha untuk menaikkan taraf kehidupan masing-masing??
Dimanakah hikmah menyorak sebuah kelab bola sepak padahal jika penyorak itu dalam kehidupan hariannya menghadapi sesuatu masalah,penyak it kronik,kesempitan duit dan sebagainya,adakah semua itu dapat menghilangkan semua masalah dan adakah kelab bola sepak tersebut akan menolong mereka walaupun sedikit kerana berkorban menghabiskan tenaga menyorak??

Agaknya mungkin ini jawapan segelintir pembaca...
'Tentulah tiada kaitan kelab bola sepak,pasukan dan lain-lain dengan persoalan yang ana sebutkan di atas..'
Ya!Benar sekali!dan jika demikian,mengapa menyerahkan jiwa raga dan masa menyokong sesuatu yang tidak peduli langsung tentang anda??sudah tentu perkara ini suatu tindakan yang tidak patut berlaku dalam kalangan kita yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t untuk berfikir.
Contoh yang paling mudah ialah jumlah masa yang digunakan untuk menonton bola sepak.Walaupun menonton dalam keselesaan rumah sendiri,banyak masa digunakan untuk menonton perlawanan demi perlawanan,serta berehat sebelum atau selepas menonton walhal masa itu merupakan sesuatu yang berharga bagi manusia sehinggakan Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan nilainya..
Demi masa!Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang ber iman ,dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(al asyr:1-3)
'muslim yang bertaqwa'
Pendapat mengenai takrifan taqwa mungkin berbeza dalam kalangan ilmuan.Dari segi pemerhatian dan pandangan ana,muslim yang bertaqwa ialah muslim yang merasa gerun menghadapi saat dia akan disoal oleh Allah pada hari akhirat kelak.Atas kesedaran mengenainya,dia berusaha semasa di dunia untuk menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya ketika di akhirat kelak.Kita dituntut dan boleh berusaha untuk menyediakan jawapan ketika di dunia ini kerana Allah s.w.t telah pun menerangkan soalan-soalan yang bakal ditanya.Antara 5 perkara yang pasti ditanya tanpa pengecualian ialah seperti hadis ini..

Tidak berganjak dari sisi Allah kedua tapak kaki manusia pada hari Kiamat(kelak) sehingga dia ditanya tentang lima perkara:1)tentang umurnya-untuk apa ia dihabiskan,2)tentang masa mudanya-untuk apa ia digunakan,3)tentang harta-dari mana ia diperolehi,4)tentang harta-kepada apa ia dibelanjakan,5)dan apa yang dia amalkan dari ilmu yang dimiliki[sahih sunan al Tirmdzi,no:2416]
Oleh itu,seorang muslim yang bertaqwa akan memastikan amalan-amalan mereka di dunia akan memberikan kelulusan cemerlang untuk soalan-soalan di atas pada hari Akhirat kelak.Atas sikap gerun kepada Allah,seseorang muslim tidak akan menjawap soalan pertama sebagai:"Saya menghabiskan kebanyakan umur saya menonton bola sepak"..Atas sikap takut kepada Allah,seorang muslim tidak akan menjawap soalan kedua sebagai:"saya menggunakan masa muda saya mengejar sebiji bola"..sesungguhnya bukan itu yang diharapkan dan insyaAllah,mudah-mudahan kita semua berupaya memberi jawapan yang dikehendakiNya dan menjadi muslim bertaqwa..amiin..allahumma amiin..
'Berzikir dalam sukan'
ala kulli haal,merujuk kepada apa yang dinyatakan ana dia atas,Islam menggalakkan umatnya bersukan,bukan menonton orang lain bersukan.Bersukan bukan sembarangan sukan,tetapi sukan yang dapat memberi manfaat kepada Islam dan umatnya,insyaAllah..
Segala sesuatu yang bukan merupakan zikir kepada Allah s.w.t,maka ia adalah sia-sia dan kelalaian kecuali empat perkara:1)belajar memanah,2)berlatih untuk meningkatkan ketangkasan berkuda,3)bergurau senda dengan ahli keluarga dan 4)belajar berenang[al-Silisah al-Shahihah,no 315]
Maaf jika artikel ini terlalu umum.Ana hanya mengambil contoh yang paling dekat dengan kehidupan masyarakat umum sekarang,Penekanan bukan hanya difokuskan kepada bola sepak sahaja walhal begitu juga dengan aktiviti-aktiviti kita yang lain.Allah mengurniakan akal fikiran kepada kita untuk berfikir,justeru itu,sesuatu yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada diri,umat Islam dan agama perlulah dilaksanakan.Sekadar untuk berhibur dan minat,tidak salah,dan agama kita pun tidak melarang,tetapi ada batas-batasnya yang perlu diambil kira.Janganlah kesan daripada perbuatan kita itu akan memudaratkan perkara-perkara yang lebih penting dari itu seperti ibadah kita dengan Allah terjejas,tanggungjawab diabaikan,dan sebagainya.Juga peringatan untuk diri khususnya dalam menjalani kehidupan ini,insyaAllah..artikel ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa,baik lelaki mahupun wanita,apa yang ingin disampaikan mudah-mudahan dapat difikir dan diambil tindakan sewajarnya,insyaAllah..wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment