
Anak saudara ana yang usianya 3 tahun lebih bertanya sambil menunjukkan jarinya ke arah tiga ekor lembu yang sedang meragut rumput di padang yang tidak jauh dari rumah.
"Lembu lapar..sebab tu lembu makan rumput.Macam abg long jugak,kalau abg long lapar,mesti abg long makan nasi kan..betul x?"Ana tanya dia kembali.Dia mengangguk.
"tapi kenapa lembu lapar?"soalnya kembali dengan ala-ala bahasa 'kepelatannya'.
Ana mengerutkan dahi..apa nak jawab ni..kalau terangkan secara biologinya pula,fahamkah budak ni?haisy..akhirnya ana menjawab..
"Lembu lapar sebab banyak berjalan,pergi sana,pergi sini,lembu penat pastu lapar,sebab tu lembu nak makan...ok??"Ana pinta kepastian sambil tersenyum.Abg long mengedip-gedipkan matanya dan tersenyum comel..
'Fahamkah?hehe,janganlah ditanya pula sebab apa lembu banyak berjalan,pergi sana,pergi sini.. Jawapan apalah mak anjang nak bagitahu kat abg long nanti..haisy..:)~'
Rumit juga untuk menjawab persoalan anak-anak kecil ni..Jawapannya pula mestilah ringkas dan memahamkan mereka.Tidak mengelirukan dan juga tidak berjela-jela panjangnya.Kadang-kadang,jika diingat kembali,geli hati juga.Apa tidaknya,orang dewasa pun belum tentu dapat menjawab keseluruhan soalan-soalan imaginasi mereka...anda setuju?:)cerita ini hanya mukadimah untuk entri ana pada kali ini.Teruskan pembacaan..:)
Hidup dalam kalangan masyarakat majmuk kebanyakan antara kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.Khususnya di bandar-bandar besar.Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar.
Anak-anak yang masih kecil akan melihat, dan mungkin akan bertanya kepada kita...
Dan secara amnya, kita akan menjawab...
Tepatkah jawapan yang diberikan oleh si bapa itu kepada si anak??'sembah tuhan dia'?nauzubillah,mohon dijauhkan daripada syirik.Secara dasarnya,jawapan itu jika diteliti,bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
tetapi apabila kita memberikan jawapan ...
"dia tengah sembah tuhan dia"
Kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain selain dari ALLAH,
Kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa kaum Cina punya satu tuhan,India satu tuhan, Kristian satu tuhan dan begitu juga dengan agama lain dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dari cara kita menyembah Tuhan kita.Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Sekiranya jawapan ini diteruskan...maka anak-anak kecil ini akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita yakni sumpah kita sebagai muslim iaitu " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"..dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya..
Jawapan yang seharusnya diberikan mungkin seperti ini..
Seharusnya,jawapan yang ingin diberikan kepada anak-anak kecil ini wajib diteguhkan dengan keterangan yang kukuh seperti cara yang betul diperintah Allah untuk menyembahNya ialah mengerjakan solat fardhu.Huraian ini juga bagi mengelakkan mereka keliru apatah lagi meletakkan dalam fikiran mereka,tuhan itu banyak sedangkan tuhan hanya satu..iaitu Allah s.w.t yang maha Pencipta sekalian alam.MasyaAllah..Subhanallah..
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".InsyaAllah..
Hidup dalam kalangan masyarakat majmuk kebanyakan antara kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.Khususnya di bandar-bandar besar.Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar.
Anak-anak yang masih kecil akan melihat, dan mungkin akan bertanya kepada kita...
"Uncle sebelah buat apa tu,abah?"
Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"Dia sedang sembahyang atau sembah tuhan dia"
Tepatkah jawapan yang diberikan oleh si bapa itu kepada si anak??'sembah tuhan dia'?nauzubillah,mohon dijauhkan daripada syirik.Secara dasarnya,jawapan itu jika diteliti,bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ...
"dia tengah sembah tuhan dia"
Kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain selain dari ALLAH,
Kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa kaum Cina punya satu tuhan,India satu tuhan, Kristian satu tuhan dan begitu juga dengan agama lain dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dari cara kita menyembah Tuhan kita.Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi,dari mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"??
Jawapan yang seharusnya diberikan mungkin seperti ini..
"Anak, pertamanya perlu faham,Tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, yang ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH,Tuhan kita..tapi cara uncle menyembah tuhan itu adalah salah.."
Seharusnya,jawapan yang ingin diberikan kepada anak-anak kecil ini wajib diteguhkan dengan keterangan yang kukuh seperti cara yang betul diperintah Allah untuk menyembahNya ialah mengerjakan solat fardhu.Huraian ini juga bagi mengelakkan mereka keliru apatah lagi meletakkan dalam fikiran mereka,tuhan itu banyak sedangkan tuhan hanya satu..iaitu Allah s.w.t yang maha Pencipta sekalian alam.MasyaAllah..Subhanallah..
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".InsyaAllah..
wallahu'alam..:)
0 comments:
Post a Comment