Bersihkan jiwamu terlebih dahulu,pasti Allah akan membantu!
orang yang bersih hatinya sentiasa rendah diri dengan Allah
sering bersangka baik dengan Tuhannya..
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata
"kerana dosakulah ujian ini datang."
Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku."
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat."
dan...."Allah masih menyayangiku...alhamdulillah.."
tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa diri tidak layak menerima nikmat itu..
Hatinya gelisah
'Apa maksud Allah memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun khufur?
cemas jiwanya,gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya,dia redha
sentiasa bersangka baik dengan Allah
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu
Apabila disusahkan orang
terus teringat
"kerana dosa akulah,aku disusahkan."
Dia tidak berdendam malah mendoakan orang itu dengan kebaikan..
Nikmat Allah disyukuri,pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya..
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya..
bila-bila waktu sahaja akan menjemput
Dia gelisah dengan dosa,amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya
kakinya didunia,namun hatinya
sentiasa bersama Allah
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
dan sering rindu pertemuan dengan Tuhannya
inshaAllah..mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan itu..ameen!
emmm..
perhimpunan Bersih 2.0 sudah.Apa kata kita bersihkan hati pula...??Mohon segalanya bersih sebersihnya..Islam tak akan bersih selagi individu umatnya masih belum lagi bersih..
Bersih dari segala hasad dengki.Bersih dari segala perkara yang boleh menyekat kemajuan ummah.Bersih segala-galanya!Boleh????!
kerna Rejab telah berlalu..Syaaban setia bersama dan Ramadhan sabar menunggu..
----------------------------------
Allah tetapkan ana di jalan ini..Berat hati ana untuk menerima..Tapi tiada daya ana untuk menolak..dakwah di mana-mana..Syukurillah..Dia masih memberi peluang untuk ana dalam bidang perubatan ini
.Kejururawatan..di Kolej Kejururawatan Kuantan..Hijrah ini,menguji ana..sedaya upaya..ana akan teruskan dan tsabat..Mujurlah Allah ada,Doa & redha mak dan abah mengiringi(impian mereka),akhowat setia disisi(syukran jiddan ukhti!:) ,dan doa sahabat2 sentiasa ada...Terharu,dan itulah yang menguatkan ana untuk berdakwah..sehingga hari ini,sentiasa ada perubahan positif pada diri dan mad'u-mad'u 'baru'..Dia permudahkan segalanya..Dari sudut lain,kerjaya jururawat tidak seperti yang ana sangka,inshaAllah..memandang yang positif sahaja,penampilan diri,akan terus dijaga!Jururawat a.k.a Akhowat/Muslimah Sejati.. :)
Impian dahulu:
Dr Nurul Izzah Khalid
(Medicine)
tapi tak kesampaian..berubah jadinya:
*PF Nurul Izzah Khalid
(Pharmacist)
Kini,tak semena-mena kerjaya yang paling tidak disukai perlahan-lahan disemai...tak sangka!
*SN Nurul Izzah Khalid
(Nursing)
will be,iA...
jika diberi kesempatan,sambung ke peringkat lebih tinggi.. ;),dgn syarat,matlamat2 ana dicapai!iA..doakan.
Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah:216)
kerana perancangan Allah lebih baik..sesungguhnya Dia maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaNya...wallahi..
*PF=Pegawai FarmasI
SN=Staff Nurse
hero 1(faheem):ma'njang jadi misi ke???
ana: :)
ish3..
wallahua'lam.
doakan.
Nurul Izzah Khalid,tsabat.thiqah.
0 comments:
Post a Comment