18 September 2011

0 HATI : saya dan DIA

saya sakit.
saya sedih.
saya tenang.
saya redha.
dan saya tahu..saya perlu lebih kuat..
tiada siapa yang tahu kecuali Dia..
apa sahaja yang terbuku dalam hati saya,hanya Dia yang mengetahuinya sebelum saya..
apa sahaja yang saya perlu,Dia sediakan sebelum saya meminta..
apa sahaja yang saya rasakan tidak suka,Dia hadirkan rasa suka itu..
apa sahaja yang saya tidak sangka akan berlaku,Dia jadikan perkara itu berlaku
kerana Dia lebih mengetahui diri saya..
kerana Dia ingin memberikan yang terbaik buat diri saya..
kerana Dia sahaja yang mengetahui kekuatan dan kelemahan saya..



dan satu-satunya sebab ialah...
kerana Dialah Pencipta saya..
dariNya saya datang,kepadaNya jua saya kembali


Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”


.
Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin



.............bAiT MusLim.............

Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true
Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!  (Mabrook:Irfan Makki :) )
Barakallahu lakuma wajama'a bainakuma bi khair..ameen..Mabruk diucapkan kepada sahabat-sahabat tersayang yang telah atau bakal membina bait muslim tidak lama lagi..terutamanya buat sahabat,Nor Raihan Izzati,ukhti Sakinah,ukhti Siti Sarah Amran,ukhti Maryam Mohd Din, dan semua sahabat yang dikenali.Semoga Allah merahmati dan menghitung segala usaha kalian..inshaAllah..mahabbah wa sakinah till jannah..bersama meniti jalan-jalan dakwah dengan lebih tenang dengan adanya pendamping di sisi.Ana doakan antum!
Alhamdulillah!menangis lagi syaitan-syaitan kali ini.. :)









Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin





Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika 
dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.”(Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”(Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


sumber::)
terbaik dari Allah,inshaAllah.. :) bila waktunya,lambat atau cepat,itu tidak penting,apa yang penting,mahabbah wa sakinah yang ingin dicapai melalui sebuah perkahwinan.Berusaha untuk memperbaiki diri dan men'jadi' yang terbaik dahulu,dan mencari keredhaanNya..itu yang utama.Terasa indah hidup jika meletakkan keyakinan terhadap Pencipta,Dia maha Mengetahui apa yang terbaik.Doa!Kunci utama.







Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.


Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah 
arah cinta kita.


Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Ameen





“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)


==================================================================


Terkejut apabila mendapat tahu,sahabat ana (JP ),dia bermimpi tentang ana dan zauj ana.Walaupun dia tidak mengecam siapa insan itu.Apatah lagi mengenali insan itu.Wallahua'lam,macamana orang lain boleh ter'mimpi' kisah orang lain sedangkan mereka tidak mengetahui perihal sebenar!.Panjang juga jalan cerita  mimpinya.Ana  hanya mendengar,tanpa ada respon dengan hati berdebar-debar.Tak terkata.Logik ke?Mainan syaitan semata-mata?

antara kata-katanya,

"Akak nampak awak dengan dia bahagia sangat-sangat walaupun masa tu tempat tu huru hara disebabkan rusuhan. Akak tak ingat kat mana tempat tu.Tapi pelikkan?kenapa akak mimpi awak dengan suami awak tu??kenapa tak mimpi akak dengan suami akak je..hee"

Ana : ???

Kedua,sewaktu menjumpai sahabat ana di UiTM,Kuala Terengganu,cuti Eidul fitri lepas.

"Izzah,kenapa yer,instinct saya ni dapat rasakan giliran izzah tak lama lagi,nak kawen..entahlah,selalu je rasa macam tu.."

Ana : ??? (kenapa tiba-tiba ni...confuse)


Ketiga,kawan ana (JP juga) setiap kali bertemu dengan ana,dia akan mengaminkan sesuatu.

"Harap Izzah ditakdirkan dengan dia.ameen".Tersenyum.

Ana : dia tu siapa?

"Seseorang dalam hati Izzah."

Ana : ???

dan yang lain(JP,muda setahun daripada ana,ana gelarkan mereka,adik2)

"Kak Izzah macam orang yang dah kahwin."

waktu itu saya memakai jubah,seperti sedia kala,walaupun mereka mengetahui,jubah,pakaian kegemaran saya.tetapi waktu itu,mereka memberitahu,"entah,lain macam.."

Ana : ???

Kenapa semua ini berlaku ??Ana terkelu apabila mendengar segala-gala yang berkaitan dengan perkahwinan dan ketika menghadapi situasi-situasi di atas.Allah,mashaAllah,agungnya rahsiaMu,walaupun dalam hati ana ini,hanya Allah dan diri ana yang mengetahui.Sering tertanya-tanya,kenapa berlaku sedemikian,tetapi apa pun,ana lebih yakin akan Dia,inshaAllah,suatu hari nanti,pasti persoalan ini akan terjawab.Setiap saat dan waktu,doa dipanjatkan.inshaAllah..memohon segala yang terbaik daripada Dia.ameen!

dan yang paling ana yakin ialah:

                   saya sedang bercinta dengan Allah.


Ana berani nyatakan bahawa:


Allah is enough for me.


hari-hari yang dilalui menjadi lebih indah jika segala-galanya disandarkan kepada Dia,alhamdulillah,subhanallah..

siapa dia??wallahua'lam.
DIA yang mendatangkan perasaan itu.Ana memohon pada Dia,JAGA HATI ana dari segala perkara yang boleh menganggu tumpuan ana terhadap Dia.Segala-galanya milikNya.




doa..doa..dan doa lagi...inshaAllah.ameen!allahumma ameen.




*InshaAllah,2 oktober 2011,ana akan di'posting' ke Hospital Muadzam Shah,untuk praktikal dan memenuhi jam kredit klinikal.Rabbi yassir,wala tua'ssir.Permudahkanlah ya Rabb.ameen.
*JP = JURURAWAT PELATIH


Alhamdulillah.Allah menyembuhkan segalanya.semakin sihat..wallahi,alhamdulillah,atas kesempatan ini.


wallahua'lam.wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates