assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..Dalam meniti saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun..antara sedar atau tidak,usia ana sudah mengjangkau usia remaja,begitu juga dengan kalian.=)subhanallah ya ALLAH,indahnya aturan Mu..kisah silam dahulu banyak mengajar ana dalam erti mencari redhaNya..terkadang,pernah tersadung dek kerana lupa kepadaMu,tetapi mujurlah Kau masih menyayangi diri ini..Kau tarik hati ini kepada cintaMu..alhamdulillah.dugaan..terlalu banyak dugaan,dugaan dari segi kesenangan dan juga kesusahan.Kau taarufkan daku dengan kehidupan dunia yg terlalu byk godaan.Tika ini,tanggungjawab yang terpikul dibenak fikiran dan iman sepanjang jalan menuju seruanMu bersama sahabat-sahabat tersayang,pernah..tidak dinafikan..diri terlalu lemah,terasa luntur semangat untuk tetap teguh dalam jalanMu,tidak terdaya diri untuk membawa dakwah ini..kalau diikutkan nafsu,jawapannya sudah pasti ’hiraukan tugas itu’..tapi jika ikutkan hati,’kuat izzah,kuat..sabar..’Allah maha Mengetahui hatimu,jangan berputus asa di jalan dakwah ini,Allah sentiasa ada disisimu,ganjaranNya pasti menanti buat hamba-hambaNya yang bersabar,insyaALLAH.Sahabat-sahabatku,tidak tertanggung penderitaan yang dialami Rasulullah s.a.w..membawa syiar ALLAH..walhal jika dibandingkan dengan kita yang baru dipikulkan dengan suatu tanggunjawab sebegini,cacian,makian,tohmahan,fitnah,ugutan..itu semua yang mewarnai perjalanan Rasulullah,para sahabat dan ahlul bait..suatu hari,sms daripada sahabat tersayang,penguat jiwa ini diterima..
Ukhtiku sayang fillah,pewaris risalah Rasul,
Mintalah teman yg solehah dalam sujud terakhirmu sewaktu tahajud..
Kerana dia bisa menguatkan kakimu dijalan ALLAH..
Disekeliling kita terdapat banyak hati yg kosong..
Yang rindukan sentuhan iman dari teman yg solehah..
Mulakan dgn menjadikan dirimu penawar kpd mereka semua..
Penghidup hati2 yg gersang..
Banyakkan memberi dari mengharap..
Biarlah diri kita tidak dihargai..
Asalkan kita menghargai org lain krn ALLAH..
Kerana..
Kelak Allah pasti menghargai kita..insyaALLAH..ana tersenyum,subhanallah,kekuatan itu datang semula,hadiah daripada Allah s.w.t..syukrillah..
~Sahabat ana juga ada berpesan dan mengingatkan..
Dalam usaha mentarbiyah diri dan orang lain,
Bertegas adalah cara yang paling utama,
Ibaratnya seperti anti menanggalkan kerak..
Tidak cukup dengan hanya menggosok lembut..dan berkata..tanggallah..tanggallah..
Tetapi,anti harus menyental,sekuat mungkin..sehinggalah kerak itu dapat dibuang..
Begitu juga dgn dakwah..jika amanat itu telah terpikul dibahu,
Harus pandai bahagikan masa urusan yg mana lebih penting..(syukran sahabatku fillah,doakan ana thabt dlm jalan ini..~)
~Izzah,tetapkanlah dalam hati anti-“And those who strive in our cause,we will certainly guide them to our path,for verily Allah is with those who do right”-al ankabut:69
Syukran jazilan sahabat-sahabatku sayang,atas nasihat dan teguran yang antum semua berikan..kerana ALLAH..insyaALLAH..doakan kita semua tetap teguh dalam jalanNya,uhibbukum fillah..=)ana rindukan biah dan ukhwah indah kita semua..~
Dan ingatlah..:
Sabda Rasulullah s.a.w:Jika seseorang mencintai saudaranya kerana ALLAH,maka khabarkanlah kepada saudaranya itu bahawa dia mencintainya-HR Abu Daud-
Dan sesungguhnya,Kami akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar antara kamu dan agar kami mengatakan(baik buruknya)keadaanmu-surah Muhammad:31
Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri(HR Bukhari & Muslim)
Maafkan ana jika coretan ini tidak menepati ..ambillah yang hanya boleh dijadikan peringatan kita semua,selebihnya,mungkin khilaf ana sendiri..coretan yg terzahir dari hati ,terlintas difikiran,ikhlas ana hidangkan buat kalian,nauzubillah,tiada niat lain melainkan kerana Dia.Tiada kata yang terucap tatkala hadiah dari Ilahi sentiasa terbuku dihati..iaitu iman.Dan tidak tergambar betapa kasihnya Ilahi kerana mengurniakan sahabat2 yang terlalu sayangkan diri ini untuk terus teguh dijalanMu..syukran ya ALLAH..ALHAMDULILLAH3!!sahabat2 ku,syukran atas segalanya..cetusan ini tidak dapat membalas segala kebaikan yang telah kalian berikan selama diri ini mengenal erti dakwah,tetapi terimalah hadiah yang ikhlas dari hati ini khas untuk kalian,buat pembakar semangat kita semua dalam membawa amanat dari Ilahi..insyaALLAH..mudah-mudahan usaha kita semua terus terusan diberkati dan diterima Ilahi buat saham pahala di akhirat kelak..insyaALLAH..ketahuilah sahabat2ku,jangan sesekali berputus asa jika sedikit yang dapat menerima dakwahmu,tetapi kuatkan keyakinan dlam hati,ganjaran ALLAH itu menanti,buat hambaNya yang bersabar,didoakan mereka agar terus dalam naungan dan hidayah ALLAH.,.insyaALLAH..amiin..
Dan buat rakan2ku yang mengenali diri ini sejak dibangku sekolah..andai ada kekhilafan dan kekurangan diri sepanjang kita semua bersama,maafkan ana,dan terimalah diri ini seadanya,maaf jika perlakuan atau tutur kata ana sepanjang ana menegur,menasihati,bergurau senda dengan kalian,antara sengaja atau tidak ,ada yang hatinya tidak dapat menerima,sesungguhnya setiap teguran yang ana luahkan,untuk manfaat diri dan juga rakan2 bersama.Ana tidak mahu kita semua terleka dalam alpa dunia yang..insyaALLAH..jika dipanjangkan umur,rindu rasanya ingin bertemu dengan kalian,mendengarkan perkhabaran dan perkembangan kalian..
Alhamdulillah,syukur,dapat juga disiapkan tinta ini,walaupun pada awalnya idea mukadimmah sukar di gubah indah,sederhana sahaja=)(mungkin itu hanya gurauan Ilahi..=)~untuk kekuatan hati.)tapi demi kalian,demi ALLAH..tidak mengapa,jika mata membengkak dek berjaga malam,jika makan tidak lalu,dek kerana ingin siapkan post ini,dan selebihnya biarlah ALLAH sahaja yang mengetahui..=)
Sahabat2ku,rakan2 perjuanganku..
Jika kamu menadah air,biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap belanga itu cukup teguh,cukplah sekadar keperluanmu,apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,akhirnya ia dibuang,sedangkan jika kamu cuba membaikinya,mungkin ia masih boleh digunakan lagi,begitu juga kamu memiliki seorang sahabat,terimalah dia seadanya,janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya istimewa,anggaplah dia manusia biasa,apabila sekali melakukan kesilapan,bukan mudah bagi kamu menerimanya,akhirnya kamu kecewa meninggalkannya,sedangkan jika kamu memaafkannya,boleh jadi hubungan persahabatan tetap teguh dan berkekalan hingga ke mati,.insyaALLAH..maafkan diri ini,semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmatNya..InsyaALLAH..amiin ya Rabb..
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia,membawa kita ke jalan ALLAH..insyaALLAH..perjalanan kita masih panjang,terlalu banyak dugaan menanti..didoakan kalian semua dirahmati Allah selalu,insyaALLAH..amiin.
Wassalam..salam sayang untuk semua..=)~

buat sahabat tersayang,nurul iman,syukran ats bimbganmu..wlupun tiada anti disisi ana dlm mnruskan pjuangan ini,tapi roh anti dan kngan kita bsama slama ini tetap dihati ana.smg ALLAH merahmatimu,dan menempatkanmu bsama2 org yg beriman..insyaALLAH..amiin..rindukanmu sahabtku fillah..=(=)..
ReplyDelete