19 May 2010

0 rindu ini untukmu ya Rasulullah...~



terima kasih ya Allah..
kerana sudi menyayangi diriku..
terima kasih ya Allah..
kerana sering mendengar pengharapan serta rintihanku..
terima kasih ya Allah,
kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku..
sesungguhnya ya Allah..
cintaku hanya milikMu..
rinduku hanya milik kekasihMu...

ya Allah..jika Kau takdirkan jasad ini sakit,jangan Kau turut 'sakit'kan imanku..ku mohon kepadaMu..teguhkanlah imanku serta iman saudara-saudari Islamku yang lain..amiin..allahumma amiin..

Sakit ini mengajarku..sakit ini hadiah dariMu..sakit ini rahmatMu untukku..jika ini dinamakan ujian olehMu,biarlah aku ingin mengatakan suatu yang lain...iaitu tarbiyah yang paling mulia disisiMu..daripada yang Maha Pencipta untuk hamba yang dicipta..terasa diri sentiasa dalam jagaanMu..itulah yang aku dambakan..jika perlu..terasa ingin sentiasa dalam dakapanMu..insyaALLAH..Allah..Allah..Allah..~sesungguhnya aku milikMu..


malu rasanya menyatakan cinta..
kepada dia kekasih Allah..
kerana dia,insan mulia..
sedangkan diriku insan biasa..
ku pujuk jua hati dan jiwa..
meluahkan rasa cinta membara..
didalam pujian,ucapan selawat..
tanda penghargaan....seorang ummat...

bait-bait kata dari lagu nasyid ini cukup menyentuh..Dia Kekasih Allah..nyanyian Hijjaz~

kesakitan umatmu belum mampu untuk menandingi kesakitan yang dialamimu ya Rasulullah..
apatah lagi kesakitan diri ini yang tidak seberapa..
..ingatlah..
ketika saat-saat akhir baginda..
sayangnya baginda pada kita sehingga menyebut ummati!
ya Habiballah ini mahu sahaja menanggung segala kesakitan umatnya..
ketika sakaratul maut..
ya Rasulullah..
allahumma solli ala muhammad..~

tiba-tiba,ana teringat pada suatu ungkapan yang pernah ana luahkan suatu ketika.Seingat ana dalam usia 5-6 tahun..

kenapa Nabi tak sayang izzah..???kenapa tak ada orang sayang izzah..!

Allah..Allah..Allah..seingat ana itulah yang ana sebutkan sambil teresak-esak menangis..entah peristiwa apa yang menyebabkan ana berkata sedemikian..puas fikiran cuba mengingati kenapa ana sanggup berkata sebegitu..apa yang pasti,hanya inilah ayat yang masih segar dalam ingatan ana...astaghfirullah hal a'zim..Makin sebak hati apabila teringatkan ayat-ayat itu..kesilapan lalu yang terkesan di hati..apabila dimuhasabah kembali,ada hikmah yang Dia tentukan untuk ana,Dia sahaja Mengetahui.Sedikit sebanyak ana sudah mengetahuinya hikmah disebaliknya sepanjang diberi peluang hidup olehNya.ampunilah ya Allah..pengajaran untuk diri.mungkin jika ditanya,kenapa,biasanya orang akan menjawab..

'Biasalah tu,masih budak-budak,bukan fikir apa-apa pun,mengarut je..'

'tak 'mature' lagi..akal budak-budak..tak sama macam orang dewasa..'

tapi itu dulu,sekarang,inilah yang berbekas dihati ana..Alhamdulillah..kalian juga begitu..insyaAllah..

tak..Izzah sayang Rasulullah..
Izzah rindu Rasulullah..rindu sangat-sangat..
ya Rasulullah..Allahu Rabbi..

Apa yang ingin ana sampaikan di sini,bukan kisah silam,bukan jua keluhan sakit dan apa-apa yang kurang baik yang bersarang di minda..tetapi tujuannya ialah..biarlah ingatan kita kepada Rasulullah sentiasa teguh...setakat hari ini,apa usaha yang kita lakukan untuk membalas kasih sayang baginda,adakah dengan dosa-dosa kita..??nauzubillah ya Allah..selagi termampu,sunnahnya,istiqamahkan diri kita mengamalkannya..kembalikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan baginda..insyaAllah..semoga Allah merahmati segala amal perbuatan kita,diniatkan ikhlas keranaNya semata-mata..amiin..allahumma amiin..wallahu'alam

pesanan untuk diri:Terus teguh..walau apa pun ujian mendatang..jangan merasa 'izzah' hanya pada nama..insyaAllah..allahu akbar!
~Nurul Izzah Khalid~
syukran ya Allah..~syafakillah izzah..insyaAllah..=)

~muhasabah cinta ya Rabbi~









0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates