Kelemahan kita menyebabkan mereka lebih berani sehinggakan Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad menjangkakan bahawa Israel bakal menyusun serangan lebih besar terhadap Ghaza sebagai tindak balas kepada kekalahan mereka Disember lalu. Di manakah peranan kita selaku mahasiswa Muslim apabila berhadapan dengan suasana yang menyedihkan ini?
Mengambil Berat Urusan Umat Islam
Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: ‘ Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)’.
Nabi bersabda di dalam hadis yang lain: ‘ Tidak lengkap iman seseorang daripada kamu sehingga dia menginginkan kebaikan seperti mana diingini kepada dirinya sendiri’.
Selaku Muslim sejati, kita perlu mengambil berat apa sahaja yang menimpa umat Islam yang lain. Kita berkongsi perasaan yang sama, sehingga kita rasa tertolak untuk melakukan sesuatu demi sahabat seagama. Kita takkan redha untuk berdiam diri sedangkan agama kita dihina dan muslimin terus dicerca. Sesuatu perlu dilakukan sebagai bukti kita berjuang bersama mereka. Mengangkat pena hampir sama dengan menggalas senjata jika diniatkan berjuang demi agama-Nya.
Bukan kerana isu, tetapi keimanan yang menolak kita
Serangan-serangan ini bukanlah benda baru bag
i kita. Bahkan bagi rakyat Palestin, mereka telah ditindas sejak lebih 6 dekad yang lalu.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat ke -120:
‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)’.
Perjanjian perdamaian dipromosikan. Kononnya meredakan keganasan. Namun umat Islam dipersalahkan kerana tidak memberi persetujuan. Bagaimana tidak, perjanjian yang yang dicadangkan berat sebelah sehingga menggadaikan tanah waqaf umat Islam. Jika dipersetujui sekalipun, mereka tidak akan menepatinya kerana Allah telah menjelaskan sifat jahat mereka seperti di dalam ayat Al-Quran tadi.
Perkara ini kita imani bersama. Peperangan dan permusuhan ini di antara Allah dan musuh-Nya. Namun di sana memerlukan usaha kita memenangkan agama ini dengan segala cara apa sekalipun.
Allah berfirman lagi di dalam Surah A-Toriq ayat ke-15 dan ke-16: ‘ Sesungguhnya mereka (musuh Allah) merancang tipu daya. Dan Aku pun menyusun tipu daya’.

Cita-cita yang Besar
Tiadalah yang menjadi impian seorang mukmin itu melainkan syurga yang melimpah ruah nikmat di dalamnya. Nabi Muhammad mengajar umatnya supaya memiliki cita-cita yang paling besar seperti sabdanya di dalam hadis: ‘Jika kamu berdoa kepada Allah, mintalah syurga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi maqamnya, ia terletak di bawah Arasy Allah’.
Mahasiswa yang bijak di dalam perjuanga
Mahasiswa yang bijak di dalam perjuanga
nnya sentiasa memburu Mumtaz di dalam peperiksaan. Bukan untuk berbangga, tetapi menjadi bukti bahawa orang Islam itu boleh berjaya sekalipun rintangan yang dilalui amat sukar dilepasi. Mumtaz ini adalah hadiah buat umat
Islam sedunia.

Kejayaan selepas Kejayaan
Kita perlu berazam dan menanam tekad bahawa kejayaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi ‘mumtaz’ yang bakal menyusul. Medan peperiksaan ini hanyalah medan ujian yang kecil di zaman universiti. Banyak lagi medan yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan usaha berlipat ganda yang membuahkan hasil ‘mumtaz’ demi membela nasib umat ini.
Ya Allah, Kepada-Mu Kami Kembali
Semuanya kembali kepada Sang Pencipta. Segala keringat dan susah payah diikhlaskan demi mencari redha-Nya. Bukan nama yang dikejar, bukan dunia yang dilamar. Tetapi akhirat destinasi yang pasti. Usaha yang kecil barangkali menjadi besar bila diiringi kasih dan rahmat Allah yang Esa. Semoga penat lelah kita memburu ‘mumtaz’ kali ini diperkenankan Allah, Pemilik Alam Semesta.
sumber : ISMA Mesir

0 comments:
Post a Comment