
ya Allah..ya Rahman..ya Rahim..
Sentuhlah hati sahabatku ini disaat dia jauh dariMu..
Peluklah hatinya di saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu..
Peliharalah imannya selalu agar tetap teguh dalam jalanMu..
ya Rabbi..
diri ini bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat sepertinya..
ya Fattah..
ku mohon..rahmatilah kehidupan sahabatku ini..
bimbinglah hati-hati kami ya Allah..
teguhkan kami ya Allah..
kuatkan kami ya Allah..
redhailah ikatan ini ya Allah..
Allah..Allah..Allah..
allahumma amiin..
sahabatku..
ini janjiku..
jika semalam aku adalah sahabatmu..
hari ini..aku masih lagi sebagai sahabatmu..
begitu juga esok dan hari-hari mendatang..
ini hadiahku..
terimalah..
hargailah..
'kesetiaan seorang sahabat'..
sahabatku..
kita berjumpa kerana takdirNya..
kita berkawan kerana kasih sayang..
kita berpisah kerana cita-cita dan jua keranaNya..
syukran jiddan..kerana sudi menyambut salam ukhwah ini..
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya
devotees:bersama
tetapi sahabatku..
andai hatimu pernah disakiti..
jangan ditabur perasaan benci..
andai perasaanmu pernah terguris seribu rasa..
janganlah aku dipinggir jauh..
andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan..
janganlah dibuang rasa sayang yg pernah bertakhta dihatimu..
andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu..
aku hanya mampu mengungkap kata..'maaf..maafkanku sahabatku..'
andai kenangan itu sering membuatkanmu bersedih..
lupakanlah..mungkin aku hanya satu beban..
namun sahabatku..
aku ingin kau tahu..
menyayangimu lillah sebagai seorang sahabat..
tidak pernah luntur dihatiku..
dan akan tersemat dijiwaku..
walaupun aku tiada lagi disisimu..
maafkanku sahabat..
sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah..
jika datang seseorang yg 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar..jangan melihat manusia yg mjadi 'sebab',tapi lihatlah dgn mata hati yg Allah jua 'musabbabil asbab'..jika kau disakiti seseorang,pastinya Dia sedang mengajarmu erti redha..~
ikhlas dari sahabatmu:
Nurul Izzah Khalid
dan tidaklah sama kebaikan dgn kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dgn cara yg lebih baik,sehingga org yg ada rasa pmusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yg setia..-al Fussilat:34

0 comments:
Post a Comment