24 November 2010

0 Hero oh Hero!


"Bismillahirrahmannirrahim..."
"Hiim.."
"Allahumma ba.."
"Ba.."
"Riqlana.."
"Na.."
"Fi maa.."
"Ma..."
"Rozaqtana.."
"Na.."
"Waqina.."
"Na.."
"Azaabannar.."
"Naaa.."
"Amiin.."
"Miiiin..".........
(sesuaikan nada anda ketika membacanya..:)'slow motion' yer..


Wah..'mudah'nya berdoa..:)hanya ambil 'suku kata' akhir sahaja..ish3..tergelak kami ketika ingin mula makan.Bunyi suara comel hero ketiga.Tersenyum comel dia ketika melihat kami ketawa..hero ketiga,Aqiel..maklumlah,'adik' lagi..2 tahun.Alhamdulillah.Hero 1 dan hero 2 yang sebaya usianya,3 tahun,sudah 'lulus' bacaan doa makan,walaupun saki baki kepelatan mereka masih ada..Jika teringatkan keletah mereka..letih melayannya..aduhai..letih sungguh!'Hyperactive',mudah bicaranya.Apapun,terima kasih jua diucapkan kepada hero-hero tersayang..kerana mereka juga diri terubat rasa letih,dan bermacam-macam perasan yang tidak enak,moody menjadi goody..(bahasa baru.:)).Cuti panjang ini terisi dengan melayan keletah-keletah mereka sahaja..:)..selain belajar meningkatkan kemahiran memasak dengan mak tersayang..;)inshaAllah..(formal bunyinya..hehe).Tak sabar rasanya menunggu Kem Remaja Wawasan yang bakal diadakan bulan Disember ini..anjuran Kelab Remaja Islam Malaysia(KRIM),dan kerjasama PEMBINA serta ISMA..inshaAllah..dan Kem Lepasan SPM pula pada Januari akan datang..inshaAllah..mudah2an Dia permudahkan jalan..em,..guru tadika pula macamana..??:)..


'Hero-hero mak anjang,jadi anak-anak yg soleh yer..inshaAllah..'
Heroin???kehadiranmu dinantikan..oleh hero2..;)



Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri ..
Tiada nyanyian yang lebih merdu melainkan dodoian zikir yang dialunkan oleh si ibu untuk si anak...:)

Kepada semua calon SPM 2010..terutama buat adik tersayang,Nur  Syamimi,SBP Integrasi Batu Rakit,Kuala Terengganu..buat yang terbaik ..inshaAllah..mudah2an Allah berkati usaha2 kalian dan ilmu yang dipelajari..inshaAllah..keputusan yang cemerlang..:)Perjuangan ilmu yang bermula 23/11..


inshaAllah..


kepada semua..
manfaatkan cuti sekolah ini dengan baik..
semoga hari-hari yang dilalui meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Ilahi..
sentiasa menjadikan hari-hari yang terbaik dengan amalan-amalan yang baik juga..inshaAllah..


Ku rindukan biah mahabbah ya Allah..ku nantikan saat itu..cekalkan hati ini..teguhkan hati ini ya Rabbi..allahumma amiin..
wallahu'alam..:)

(post kali ini sekadar selingan..:))

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates