28 May 2011

6 coretan untuk Abah..

..dulu..

setiap kali abah balik dari kerja,selalu je ada coklat atau ais krim yang dibawa balik untuk kami..
abah cakap,kalau tak buat balik apa-apa,kesian kat anak-anak...masih segar dalam ingatan izzah ni abah,saat-saat tu..

Abah....anak-anak abah ni nakal kan,setiap kali abah dan mak keluar ke bandar,lebih-lebih lagi pada watu malam,ada je 'projek' kitorang,masuk bilik,main perang-perang..habis bantal berterabur,macam tongkang pecah bilik tu dibuatnya,bilik k.long yang selalu jadi mangsa..:)tengah syok-syok kitorang main,tup..tup..abah bukak pintu,arggghhhhh!!,kitorang menjerit,semua takut,sembunyi dalam selimut..hehe,ayat yang selalu abah tuturkan,'siapa yang mula ni??!',dengan riak muka tegas..dengan hanger kat tangan(gimik je tu..:))kembang kenyut perut kitorang,last-last,abang jugak yang kena cubit telinga,anak-anak abah yang perempuan ni,selamat....tapi tak habis kat situ je,semua yang terlibat,kena denda duk kat luar,setengah jam je kot..tak takut pun abah,sebab kitorang ramai!hehe(pandai abah denda)

Abah...tangan abah tak pernah hinggap kat badan kitorang walaupun kitorang buat salah,habis-habis maksimum denda,abah cubit,ataupun hanya berkata,nak kena rotan ke??!tak pun,denda duduk kat luar,penyayangnya abah mendidik kami...

Abah..izzah ingat lagi,suatu hari tu,izzah terjumpa kad jemputan,entah majlis apa,dah lupa..tertera nama NURUL IZZAH ..tak habis baca lagi,sibuk-sibuk pergi tanya,kenapa nama izzah ada kat kad tu,sape yang buat ni???bertuah punya anak,macam izzah sorang je yang bernama seperti tu,rupa-rupanya Nurul Izzah Anwar,masa tu izzah betul-betul tak tahu apa-apa,selepas selidik-selidik,rupanya ada program kat Dungun waktu tu,beliau hadir..adess...


..kini..

tak sangka,umur abah dah meningkat 54 tahun..makin lama,makin sayang kat abah,

Abah..dah 32 tahun abah bersama mak..usia perkahwinan yang sangat lama,semoga Allah memberkati dan merahmati abah dan mak sentiasa..
abah..berkat doa abah dan mak,anak-anak dah berjaya ,inshaAllah..dunia dan akhirat hendaknya..

Abah..hari tu kan,izzah sembang2 dengan mak,berdua sahaja,mak cerita semuanya,sukarnya abah dengan mak nak besarkan kami 8 beradik..daripada kak long sampailah adik ain..menitis air mata ni abah..sebak..bercampur baur perasaan izzah ni..

Abah..mak cakap,abah tabah sangat-sangat..kalau nak cerita semua pengorbanan abah,sampai akhir hayat pun,izzah tak mampu..banyaknya wang,kudrat,pergorbanan abah terhadap kami,untuk membesarkan kami ni..
abah,abah tahu x?sampai sekarang,izzah masih takut-takut lagi dengan abah.. :,)entahlah,suara abah,riak muka abah..tapi tu tak bermakna bagi izzah,abah seorang yang garang,tapi...gentleman lagi..:)hehe..abah masih kelihatan muda..tak nampak berusia pun..apa rahsia yer abah??

Abah..banyak sangat dosa kami pada abah dan mak..
Abah..ampunkan kami abah..ampunkan izzah abah..
Abah..suatu hari tu,izzah dengar lagu ni...


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

lalu teringat kat abah,bait-bait lirik lagu ini kan..emm,mungkin itulah perasaan abah dan mak kan..apabila tengok anak-anak dah kahwin..


abah,dah kahwin rupanya anak-anak abah ni kan,rasenya baru je semalam kitorang bergurau-gurau dengan abah,tanya ini,tanya itu..nanti,sorang lagi anak abah yang nak jadi suami orang,4 dah kahwin,4 belum..maaf abah,dah tak boleh nak tulis panjang-panjang,coretan yang tak seberapa,izzah harap abah dapat membaca coretan ni suatu hari nanti,walaupun izzah tahu,abah tak suka sangat buka blog2 macamni,kalau nak cari maklumat lain tu,adalah..



abah;aki....

kami:

Hasmah binti Sulong;wan
Hariyani binti Khalid & Fadhly Sufian bin Laili;m/p.long
Hariyaty binti Khalid & Mohd Fahmi bin Ismail;m/p.ngah
Mohd Israry bin Khalid & Nurhidayati binti Abdullah ;aichik/chik da
Mohd Syazwan bin Khalid & Wan Na'imah binti Wan Jali;aiteh/ma'teh
Mohd Safwan bin Khalid;aide
Nurul Izzah binti Khalid;ma'njang
Nur Syamimi binti Khalid;ma'lang
Nur Ain Syahirah binti Khalid;ma'su

dan hero2 aki:
Muhammad Faheem Irsyad b Mohd Fahmi
Amir Faiz b Fadhly Sufian
Muhammad Aqiel Irsyad b Mohd Fahmi

ingin mengucapkan 
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 54..pada 28 mEI 2011
buat abah tersayang,KHALID BIN MUDA.

KAMI SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT!!

=======================

abah..doa kami sentiasa ada untuk abah dan mak..fi amanillah abah,mak..
inshaAllah..
Semoga sentiasa dalam rahmatNya selalu,diberi kekuatan rohani dan jasmani,diterima amalan kebaikan,dikurniakan rezeki yang diberkati dan mendapat tempat di syurga kelak..allahumma ameen..



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ 


Istighfarlah, Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering menggores hati mereka,
Atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
Abah... mak, Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
nauzubillah..~

Redha Allah s.w.t bergantung pada redha ibu bapa kita.
--------------------------


dikesempatan ini,
m.anjang(saya) ingin ucapkan selamat diijabkabulkan kepada
 aichik(Mohd Israry b Khalid) dan pasangannya...
inshaAllah,pada:
4 Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432(Sabtu)
6 Jun 2011 bersamaan 4 Rejab 1432 (Isnin);majlis di rumah kami.
inshaAllah..
nak yg official lg..tunggu next entri yer..:)

jemput datang!:)
wallahua'lam



6 comments:

  1. salam3alaik.

    isk, kenapa sedih sangat ni bile bace entri ni. sayu. jeles tgk org yg masih ada ayah. kak izzah, jaga ayah kak izzah baik baik tau. janji tau? :( <3

    selamat hari lahir, pakcik Khalid Bin Muda :')
    semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta semoga sihat sihat selalu disamping isteri dan anak anak tercinta. ameen~ :)

    ReplyDelete
  2. w'salaam dik afiqah syg...

    ntah..Allah Maha Mengetahui..:(
    syukran dik,inshaAllah..akak doakan arwah ayah adik dtempatkn dlm golongan org yg beriman..inshaAllah..slalu doakan dia yer..jgn sedih2...ank yg solehah kena kuat..:)yer..barakallhu fik,fi amanillah..

    ReplyDelete
  3. speechless.
    macam nak komen,tapi entahlah.
    keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu ayah kaan izzah.

    ReplyDelete
  4. Salam 'alaik....
    selamat hari lahir kat ayah cik!
    emm, rasa sebak baca entry ni...
    rindu pd yg tiada...
    jaga ayah molek2...
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. w'salam..inshaAllah along...barakallahu fik,fi amanillah..rindu jg pd arwah ayh teh..~kuatkn hati..

    ReplyDelete

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates