02 May 2011

2 hiduplah untuk hidup!

Perjalanan ini sungguh memenatkan.Apa tidaknya,semakin ke hujung semakin penat sedangkan beban bertambah berat.Tanggungjawab semakin sarat.Tetapi apakah ada pilihan lain selain meneruskannya?HIDUP SELAGI HIDUP.JANGAN MATI SEBELUM MATI.




Sering juga diperingatkan diri,jika ada masalah dipertengahan jalan,teruskan perjalanan.Apabila yakin tujuan dan matlamat sudah betul,soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul.Ini jalan yang paling benar,walaupun jalan yang paling sukar.Inilah jalan yang paling singkat,walaupun terasa amat berat.
Hidup ini tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu.Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan.Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik.Nafas dan aliran darah adalah modal untuk ibadat.Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan dalam jatuh bangun menuju Ilahi.sabar dan syukur adalah minyak pada pelita hidup yang meliuk lentok dipukul badai kehidupan.Kekadang marak menyala,kekadang berkerdip berbalam-balam.Namun,padam tidak sekali-kali!!
tidak gusar bersendirian.tidak tersasar ketika kesunyian.Katakan pada diri,ketika kau sepi sendiri,jangan kau katakan aku sepi tapi katakan disisiku sentiasa ada Pemerhati.Dalam sekolah kehidupan sentiasa ada pelajaran yang mesti ditempuhi,samada ketika bersendirian atau ketika ramai.


Sesetengah ilmu tidak boleh diajar,tetapi hanya boleh dipelajari.Tidak ada guru tertentu,tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu.Jika datang topeng kepura-puraan.Itulah guru yang mengajar engkau erti berhati-hati.
Usah berubah pendirian,walau beralih pendekatan,jadilah wajah yang satu dihadapan yang SATU.Jadilah dirimu yang sebenar,inshaAllah,kau akan sentiasa menjadi juara.Tetapi,jika kau berlakon,kau bertukar menjadi klon yang kedua,ketiga dan seterusnya.Jangan bermuka-muka semata-mata untuk menempa nama.Jangan berdiri dibawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.


Bertatih dengan kaki sendiri lebih mulia daripada bersayap emas milik orang lain.Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sejati.


Mendongak tidak bongkak,mengalah tidak kalah.Tiada istilah kala,cuma kemenangan yang ditangguhkan.Lupakan keperitan masa lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar.Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan masa kini.Menyesal itu bebal,kesal itu bekal.


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati.InshaAllah,nanti kau akan terus hidup walaupun sesudah mati.Justeru,banyak yang kau buat akan terus hidup selepas mati.Ingatkan diri selalu,bahawa hidup didunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.


Sesungguhnya hidup sebelum mati iniadalah bekal untuk hidup selepas mati.Katakan pada diri,hidup bukan sekali,malah ada yang hidup tidak berakhir dengan mati.Jadi..hiduplah selagi hidup..kerana hiduo ini hakikatnya untuk HIDUP!!


Hidup di dunia ini cuma modal untuk hidup di akhirat,itulah hakikat hidup,ia satu perjuangan menempuh jaaln pulang.Jika sesekali terasa lemah melangkah,renungilah alam,inshaAllah..kita akan dapat belajar daripada hidup-hidupan,,


diedit dr buku DIMANA DIA DI HATIKU..






              ...................         ..............     ..............




Allahu Allah..Engkau maha Mengetahui kebenarannya...
Osama bin Laden..

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.-al Hujurat:6

SUATU PROPAGANDA ATAU KEBENARAN??
FIKIRKANLAH..
WALLAHUA'LAM..

CUTI SEM.


2 comments:

  1. Subhanallah.. motivasi yg trbaik utk dihidangkn sbg santapan rohani. mekaseh ya ukhti.. ^_^
    halalkan sy cedok sbg pedoman hidup ya..

    ReplyDelete
  2. inshaAllah..ameen.silakan...smg bmanfaat..

    ReplyDelete

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates