13 June 2011

2 salaam perpisahan sahabatku..



9 jun 2011..buat terakhir kalinya ana bergelar pelajar UiTM Kampus Kuala Terengganu.Alhamdulillah,kami berjaya mendapat tawaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam bidang separa perubatan.InshaAllah,pada awal bulan Julai ini,kuliah bermula.Berat rasanya hati untuk membuat keputusan,2 semester setengah kita bersama,suka duka dilalui bersama,amat berat untuk meninggalkan..,mudah-mudahan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik dari Alllah..inshaAllah..dan juga berkat doa ibu bapa tersayang...

doakan kami.

Rosemawati Mohamed
Nur Afifah Mohamad
Nurul Izzah Khalid

Buat sahabat-sahabatku,
Doakan kami,agar dipermudahkan segala urusan disana nanti..
Maafkan kami andai ada yang terguris hati sepanjang persahabatan kita..
Redhailah pemergian kami walaupun berat untuk kalian merelakannya..
Halalkan segalanya..

sahabatku,
Kami juga akan sentiasa mendoakan kalian,
sejahtera dan dalam rahmatNya,
di dunia dan akhirat kelak..inshaAllah..
jaga diri,jaga iman..ingat Allah selalu..

sahabat..Allah love you more than I love you..
lets us love Allah more and more..
then,we will love each other so much!

uhibbukum fillah da'iman abadan abada..jiddan!!
fi amanillah..barakallahu fik...
ameen...

KELAB MINDA ISLAM.

Buat warga Kelab Minda Islam(KMI)
sebentar cuma amanah sebagai Timb.Exco Dakwah & Kepimpinan dipegang..
syukran jazilan atas segala jasa budi kalian..
Ukhwah ini..
tidak akan kulupakan hingga akhir hayat..
andai ukhwah itu segalanya kerana Ilahi,
bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..
Doakan ana,mudah-mudahan ana terus kuat dalam jalan ini ditempat baru kelak..inshaAllah..
Ana rindukan ukhwah ini..saat-saat kita bersama..dan segala-galanya..
Doakan!

Akhowat KMI.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...
iluvislam.




2 comments:

  1. salam ziarah...\tak sangka izzah ada blog juga....
    ada gambar ahli KMI... :)

    ReplyDelete
  2. w'salam..:)syukran ats ziarah akak syg..sederhana je..iA..mesti,KMI dihati..:)rindu jiddan!

    ReplyDelete

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates