01 November 2011

1 Jururawat vs Da'ie (1)


Assalamualaikum wbt. :) Saya ingin berkongsi sesuatu.Emel ini saya peroleh dari sebuah blog seorang ukhti.Bagi sesiapa sahaja terutama akhowat atau para da'ie yang berniat atau telah menceburi bidang kejururawatan ini secara tidak 'sengaja' @ 'terpaksa' .inshaAllah,itu yang terbaik dari Allah.Teruskan bacaan.Moga bermanfaat.inshaAllah.






Assalamualaikum ustazah, saya bekerja sebagai seorang jururawat. Tetapi ustazah, apabila saya beritahu pekerjaan saya, ramai yang tidak dapat menerima kerana alasan mereka uniform jururawat yang tidak menutupi syariat dan kerja jururawat yang tidak tentu masa. Soalan saya, adakah pekerjaan jururawat tidak sesuai untuk muslimat yang aktif dalam usrah atau halaqah kerana uniform dan juga kerja tidak tentu masa yang membataskan perjuangan. Semoga ALLAH mengampuni dosa dosa saya, saya tidak berniat untuk riak tetapi kalau di luar waktu kerja saya memakai jubah dan tudung labuh. Mohon pencerahannya




Jawapan Ustazah Fatimah Syarha:

Waalaikumussalam wbt.
Salam sayang buat jururawat ummah yang dihormati.

Pekerjaan jururawat sungguh mulia.
Pekerjaan jururawat sungguh diperlukan.
Berkerja sebagai jururawat suatu ibadah umum yang boleh menuai banyak pahala.
Berkerja sebagai jururawat juga suatu perjuangan.

Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya meniti hari-hari di hospital tanpa jasa dan pengorbanan seorang jururawat. Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengiktiraf betapa berhajatnya masyarakat kepada tenaga wanita berupa jururawat.

Tanpa jururawat, siapa yang akan menjaga jutaan muslimah di hospital lebih-lebih lagi di wad-wad OnG?

Tanpa jururawat, siapa yang akan memudahkan urusan doktor untuk menyiapkan kerja-kerja teknikal? Kerja-kerja teknikal ini pula biasanya lebih diteliti diuruskan oleh seorang perempuan.

Tanpa jururawat yang berkesedaran Islam seperti ukhti, siapa yang akan bangkit memperjuangkan pakaian jururawat yang mesra syariah?

Tanpa jururawat berjiwa seperti ukhti, siapa yang akan memimpin usrah dan halaqah untuk para jururawat di sana lebih-lebih lagi yang sangat berhajatkan kefahaman Islam? Islam milik semua.

Semoga Allah memudahkan urusan keluarga semua jururawat di dunia ini yang banyak berjasa mengorbankan masanya demi masyarakat.

Semoga lebih banyak institusi-instusi sokongan keluarga yang akan bangun mengasuh anak-anak dengan lebih efektif agar para jururawat ini dapat terus menabur jasa.

Berkaitan pakaian, suami ana (Dr. Farhan Hadi) pernah mengatakan, dia menemui ramai jururawat yang melonggarkan pakaiannya, melabuhkan sedikit tudungnya dan tiada siapa berani mengambil tindakan apa-apa kepada mereka.

Semoga lebih ramai jururawat hari ini berjiwa berani seperti ini dan jururawat akan datang dapat menemui peluang berpakaian yang lebih baik.

Ukhtiku sayangfillah, rasa mulialah dengan tugas muliamu! Kami semua amat berhajatkan baktimu. Sudah tentu kami lebih bertuah, jika anak kami yang lahir disambut oleh seorang doktor atau jururawat yang jiwanya sangat cinta kepada Islam.:)

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh rujuk link: Karier wanita dalam fiqih Al Qardhawi


Monologku: Termanggu seketika, tidak tahu hendak berkata apa, terasa ALLAH menghantarkan ustazah untuk melenyapkan kekusutan fikiran. ya ALLAH, sekiranya pekerjaan ini yang terbaik untuk akhirat, agama, tarbiyah dan perjuangan kami, ENGKAU kekalkanlah kami dalam pekerjaan ini, tetapi sekiranya pekerjaan ini menjauhkan kami dari rahmatMU, ENGKAU keluarkanlah kami daripadaNYA. Hanya rahmat dan redhaMU yang kami dambakan, bukan prasangka manusia yang juga hamba di sisiMU. Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI keikhlasan hati kami dalam menegakkan agamaMU. ya ALLAH, jadikanlah diri kami sebagai instrumen dakwah kepada agamaMU jika ENGKAU memilih kami untuk istiqomah di dalam pekerjaan ini. Kuatkanlah hati kami dan teguhkanlah jiwa kami terhadap perjuangan ini. Jadikanlah kami jururawat muslimah yang ditarbiyah di jalanMU =) Allahuma AMeen




============================================================================================

Segala-galanya bukan mudah,sehingga ke saat ini,hampir sebulan saya menjalani praktikal di wad.Kadang-kadang,saya rasa pergerakan saya sebagai seorang da'ie terhad,sukar untuk mendapat cuti,sukar untuk bertemu mad'u,dan sebagainya.Apapun halangannya,saya mengetahui,Allah lebih tepat dalam mengatur hidup kita,segala-galanya dari Dia,mungkin Dia ingin melihat sejauh mana tahap istiqamah dan usaha kita dalam tarbiyah diri dan juga orang lain dengan meletakkan kita dalam situasi begitu.Itu realitinya.Alhamdulillah.Dia permudahkan.Buat jururawat muslimah diluar sana,kita sebagai da'ie tidak diberi pilihan untuk memilih mad'u,pesakit kita,itulah mad'u kita,dan sesiapa sahaja yang kita bertemu,disitulah peranan kita dalam berkongsi dan merasa peduli ummah.Sekadar soalan bertanyakan "sudah solat mak cik?"       "sihat hari ni? "    "ada rasa ok sket?"   "banyakkan bersabar ea pak cik,zikir selalu,inshaAllah,mudah sembuh.."dan lain-lain sudah cukup menyenangkan hati pesakit kerana sikap ambil berat kita,itu juga dinamakan dakwah.Usah sempitkan fikiran,selagi ada apa yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama,inshaAllah,itu yang terbaik.Semoga diri kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.Nantikan sambungan entri akan datang :)


Pengalaman bekerja di wad perubatan lelaki, wad perubatan perempuan, wad pembedahan lelaki dan wad pembedahan perempuan akan saya kongsikan jika ada kesempatan waktu.inshaAllah.





"... Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini
dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah
kami dari siksa neraka." (Ali 'Imran: 151)
Selamat menjalankan ibadah pada awal bulan Zulhijjah 1432,semoga semua ibadah kita diterima Allah.inshaAllah..ucapan takziah buat saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah terutama buat keluarga seorang pesakit saya di wad Perubatan Perempuan yang telah dijemput Ilahi pada pagi 27 Oktober 2011 lalu,semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman,'maafkan segala salah silap saya sepanjang merawat mak cik'..al fatihah..

1 comments:

  1. Alhamdulillah..sy bersyukur menjadi seorng jururawat.Saya dapat rasakan pahala mengiringi setiap hari-hari yg dilalui bersama apabila keikhlasan,kejujuran dan keinginan memberikan rawatan yg terbaik mengikut lunas2 islam sentiasa diamalkn...bukannya sukar utk memberi salam, senyum,mengajak pt solat, membaca bismillah sblm mkn ubat, mengajar pt zikir..marilah sama2 kita amalkan ..InsyaAllah kita akan sentiasa bersemangat utk bekerja krn pahala melimpah ruah menanti kita...

    ReplyDelete

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates