09 August 2012

0 10 Hari

Di saat jari –jari ini mengukir kata untuk dikongsi bersama kalian,di saat kalian membaca tulisan ini..dia semakin berlalu pergi.Dia yang pada awalnya kita tunggu dengan penuh setia,kian meninggalkan kita kembali.Tidak berani untuk diri ini berkata, akan bertemu dengannya kembali,mungkinkah hayat ini masih ada untuk meraikannya kelak?Mudah-mudahan..ameen..

Allahu Allah..dia ialah Ramadhan Kareem.
Ramadhan bulan rahmat.
Ramadhan bulan keampunan.
Ramadhan bulan untuk melepaskan diri dari azab NerakaMU..

Alhamdulillah.Lisan masih berupaya untuk mekhatamkan kalamMu beserta tafsir.
Alhamdulillah.Anggota zahir ini masih berupaya melaksanakan tarawih dan ibadah lain untukMu.
Alhamdulillah.hati ini masih berupaya mengingatkan diri kepada Mu.
Doa kami.ibadah kami.Niat kami.Kau berkati dan kau terimalah ya Rabbi..ku mohon..jadikanlah Ramadhan ini,Ramadhan yang paling bermakna untuk diri kami.

InshaAllah.

Tiada kata yang mampu diucap untuk menggambarkan sayunya hati ini.Sangat rindu Ramadhan!

Benar kata-katamu ya Rasulullah:

Barangsiapa yang melalui Ramadhan hingga ke akhirnya tetapi tidak mendapat keampunan Allah,merupakan orang yang paling rugi!

 “Whoever spends Lailatul-Qadr in night prayer, out of belief & expecting his reward from Allāh, his previous sins will be forgiven.” Muslim.

#strive for lailatul Qadr!!

11 bulan adalah racun dan Ramadhan ialah bulan penawarnya.Saya dapat rasakan,Ramadhan saya kali ini lebih tenang,lebih bersemangat dan lebih tekun!Kesibukan diri untuk agama moga diterima Ilahi.

Usrah,terutamanya,sedikit sebanyak mengingatkan diri.Berada dalam kalangan mad’u yang mahukan tarbiyah,menjadikan diri terasa perlu menambah-nambah ilmu didada.Alhamdulillah,ahli usrah bertambah dan juga istiqamah.Kagum dengan kesungguhan mereka.Rahsia ikatan ukhuwwah kami ialah,antara saya dan awak,ada Allah.Dia yang menjaga kita sebaiknya.Jika ada salah faham,mudah sahaja dileraikan.Sama-sama susah.Sama –sama senang.Berada di dalam bi’ah seperti di kolej kejururawatan ini benar-benar menuntut diri supaya terus bersabar,bersabar dan bersabar!Mujurlah pertolongan Allah itu hampir.Saya dapat rasakan juga,semester kali ini banyak menguji semangat saya untuk membangunkan bi’ah Islam di kolej ini.Mujurlah ada teman-teman seperjuangan iaitu usrah!Saya sayang mereka lebih..kerana Allah.

In yarsurkumullahu fala gholibalakum wainnyakhzulkum famanzallazi yansurkum mimm ba’dih.wa alallahu fal yatawakkali muiminun.(3:160)
Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkanmu(tidak memberi pertolongan)maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu,hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.

Nah!cukuplah al Quran yang dapat menghilang rasa kesah ini dengan jaminan janji-janji Allah.InshaAllah.


Waman yatawalallah warasululahu wallazi na’amanu fainna hizballahi humul gholibun(5:56)
Dan barang siapa menjadikan Allah,RasulNya dan orang-orang beriman sebagai penolongnya,maka,sungguh,pengikut(agama)Allah itulah yang menang.



Sampaikan suatu malam saya menatap gambar saya sendiri,di 'snap' oleh sahabat tersayang,seperti sedang berfikir.Berfikir.Bukan senang nak tubuhkan satu usrah yang tetap.Bukan senang untuk kuatkan diri menghadapi ujian manusia.Bukan senang untuk perbaiki diri menjadi da’ie dan naqibah yang kuat dan elak futur.Bukan senang untuk mengadakan program berupa tarbiah untuk saudari-saudari saya disini kerana tentangan yang hebat.Dan bukan senang untuk menjaga hati.Tapi segala-galanya jadi mudah kerana adanya Dia.Fikir Dia.Ingat mati serta teringat perjuangan rasulullah dan sahabat yang lebih teruk tentangannya berbanding dengan diri kita.Kadang-kadang terpaksa juga memuji nama sendiri kerana ada makna disebaliknya yang menjadikan kekuatan itu sebati dalam diri.Mungkin cara itu boleh digunakan selain doa dari sahabat-sahabat dan mendekatkan diri kepada Allah.

Izzah.Izzah..ish3..
 
Alhamdulillah.disebalik kesusahan ada kesenangan.Fainna maal usriusro.Inna maal usrius ro..(94:5-6)

#Moga usaha-usaha ini diterima Allah.PEMBINA!jazakumullahu khairan kathira!:) 

Impian.
1)walaupun sukar untuk merasai bi’ah solehah,kerana Dia tahu bagaimana saya,tapi saya tetap menyimpan impian untuk berada dalam suasana itu.Impian dari saat awal-awal perubahan diri.Hendak bermanja-manja dengan Allah,bermanja-manja dengan sahabiah yang solehah.Bolehkah ya Rabb.??

Wainn yam sasskallahu bidurrin fala ka shifa lahu illa hua’.Wainn yamsasska bikhairinn fahua ala kulli syaien kodirr.(6:17)
Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu,Maka Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.

2)Mekah al Mukarramah.Berada di depan Kaabah bersama-sama mak dan abah,my king and queen!dan tak lupa,pemilik cinta setelah Allah dan Rasul,Allahua'lam.

3)Melihat mad’u-mad’u menjadi insan yang hebat!untuk agama..

Impian yang seterusnya....(URUSAN DENGAN MAHA KUASA)..

Itu sahaja untuk kali ini.Moga Allah kuatkan hati ini untuk berkongsi rasa dan cerita bersama insan yang sepatutnya.Kelak,InshaAllah.

#Nikmat kesihatan!Alhamdulillah,syukran ya Allah..tiada apa yang mampu menggantikan kata-kata syukur..

Akhir sekali,doakan NURUL IMAN saya sentiasa bersama NURUL IZZAH KHALID.Dan bagi akhawat yang dikenali iaitu bakal membina baitul muslim,mabruk muqaddam untuk kalian!Tumpang gembira walaupun tidak dapat hadir.Semoga baitul muslim yang dibina,diberkati dan dirahmati Allah,rabbuna yusahhil atas segala urusan.Love till jannah!Ameen..:)

#Rindu sahabat sayang,Noorafirah Nordin dan Nur Hafizah Sofian. Moga Allah bersama kalian.. :( ameen.Tersangat rindu!
Wallahua’alam.wassalam.

#take note:ambil yang clean.buang yg dirty.:)nauzubillah.no Riya'.segalanya datang dari Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates