27 September 2012

0 Ujian dalam ujian

Alhamdulillah.Selesai Exam Trial Midsem.Untuk semester 3.:) Seminggu diuji.Subjek yang menyeronokan dan perlu pembacaan dan ulangkaji yang banyak walaupun hanya sesetengah yang disoal dalam peperiksaan.Inshaallah kembali bekerja di wad.In progress,wad 1C Antenatal & Labour room.Coming soon,2C Gynae.^^


Subject of Sem 3 
Diploma in Nursing.

Medical Nursing III
Surgical Nursing III
Obstetrics Nursing I
Gynaecology Nursing I
Paedatrics Nursing I

Nursing.Yang dahulunya kerjaya yang saya paling tidak sukai.Tapi itu tidak bermakna saya telah menyukainya sekarang,cumanya Allah permudah untuk saya menerima dengan hati yang terbuka dan masih dalam batas-batas yang diaturNYA.

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu.Sedang kamu tidak mengetahui."-2:216

Benar.Allah lebih mengetahui.Wajib beriman dengan ayat-ayat dan janji-janji Allah. ^^

Dia jadikan kerjaya jururawat ini ada sebab musababnya.Bukan sia-sia.Tinggalnya hanya bagaimana Islam itu kita amalkan dalam kehidupan khususnya kerjaya.Allah jadikan tiap sesuatu itu ada tujuannya.Sama seperti penciptaan kita,iaitu untuk beribadah kepadanya.Bagi sesiapa yang memahami dan berada dalam situasi saya ini,sudah tentu akan memahami.Tidak perlu terlalu keterlaluan dan cepat menghukum serta pandang remeh terhadap kerjaya ini.Hanya berusaha mengelak dan mencari alternatif lain.Contohnya,bab pemakaian uniform.Antara alternatif lain,pertama,bekerja dibawah pusat kesihatan swasta yang mengamalkan pemakaian nursing yang menepati syariat contohnya Pusat Rawatan Islam Az Zahrah dan banyak lagi.Kedua,longgarkan dan labuhkan uniform,tak perlu mempamerkan kecantikan tubuh.Tak untung apa-apa pun!Ketiga,hadkan pemakaian uniform.Uniform hanya semasa bekerja.Mungkin boleh menukar pakaian yang lebih menepati syariat selepas waktu kerja sebelum meninggalkan wad.Itu hanya cadangan saya bagi muslimah yang mengetahui kebenarannya.InshaAllah,kaedah kedua telah dipraktikkan dan keadah ketiga akan diamalkan nanti,setelah qualified.Medan bercakap tidak sama seperti medan beramal.Walaubagaimanapun,saya akan usahakan!Jika kita tidak mulakan,siapa lagi?Siapa tahu,ada jururawat muslimah lain akan mengikut jejak?Allahua'lam.Alhamdulillah,buat masa ini,saya ada berjumpa dengan jururawat yang telah qualified mengamalkannya.Saya juga seperti orang yang berfikiran 'sempit' terhadap kerjaya nurse dahulu,tapi apabila berada dalam dakwah dan merasa sendiri sejak berkecimpung dalam bidang ini.InshaAllah,itulah hikmah Allah meletakkan saya di sini.Kolej Kejururawatan Kuantan.Alhamdulillah,dapat membiasakan diri dengan dakwah fardhiyyah(dakwah individu) dan bersama usrah sendiri.:)Sehingga sekarang ini juga,saya tidak pasti bahawa berapa lama saya akan berkerjaya sebagai seorang jururawat nanti?Allah Perancang dan Penentu yang terbaik.InshaAllah.




teruskan berdoa.Dia mendengar.:)




Tarik nafas.Ingat Allah.Hembus!
Allahu Allah.Di hati ini hanya Tuhan yang tahu,ujian itu menguji keteguhan iman.Jika lepas dari ujian,alhamdulillah,iman kita masih teguh dan dalam pegangan Allah lagi.

Alhamdulillah,alaa kulli haal,untuk terakhir kalinya,saya ingin nyatakan,buat insan itu,semoga dipermudah segala urusan dan semoga bahagia dunia dan akhirat.Maafkan diri,jika sesuatu perkara itu menganggu ketenteraman.Teruskanlah dan halalkan segalanya.Allahua'alam.

Walaupun pencarian itu sukar tetapi Allah maha Mengetahui.Dia akan memberi yang lebih baik.Samada baik bagi diri,Islam dalam diri dan iman dalam hati.Dan mungkin pada waktu yang lebih tepat dan diri memerlukannya.Alhamdulillah,usaha istikharah dan doa yang dari dulunya tidak sia-sia.Tenang.Tidak menganggu fikiran dan ibadah.Allah ada.InshaAllah,DIA masih rindu dan mahu saya 'belajar'.Terus memperbaiki diri dan Islam dalam diri.Doakan.Bersyukurlah atas apa yang ada.Bersabarlah atas apa yang tiada.Nikmat Allah itu luas!subhanallah.^^




sampai di sini sahaja.
Allahua'lam wa salam.


0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates