27 December 2011

0 Dia uji sbb Dia sayang..



Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)


Allah ingatkan kita lagi..


“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."(al ankabut:40)


Peringatan ayat Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pelajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai tiga pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
(Ulangan ayat dalam surah ar Rahman)

................


itu sahaja yang dapat saya simpulkan..selebihnya,kita muhasabah....
beruntunglah bagi sesiapa yang mengambil pedoman dengan ayat2 Allah dan kekuasaanNya..mohon dijauhkan segala bencana..nauzubillah..mohon doa semua..allahumma ameen.


#jalan pantai..jalan yang sering dilalui oleh saya..kemana sahaja..lebih2 lagi ketika ingin bersiar2 untuk berjumpa laut.. :)bercakap dengan laut..mendengar 'luahan ombak'..terkenang masa 'muda2' dahulu..Allahu Allah..Kuasa Mu..subhanallah..

wallahua'lam.Mohon doa.

0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates