08 January 2012

0 BISU.


SENYUM.Hari ini hari ke 6 saya tidak dapat 'bersuara'. :) Berkomunikasi dengan orang??Hehe..hanya melalui tulisan.Mereka tanya,saya jawab,dengan menulis di atas mana-mana kertas ..agak sukar sebenarnya,tetapi alah bisa tegal biasa kan..:)kadang-kadang saya memberi respon dengan bahasa tubuh yang sepatutnya dan gerakan bibir seolah-olah sedang bercakap.Hanya boleh tersenyum jika ada dalam kalangan kawan-kawan sekelas menyatakan rasa empati dan simpati..^^kata mereka,

"rindulah nak dengar suara izzah',

'bila akak boleh bercakap ni,lama x dengar akak usik saya'' 

"akak,cuba jerit nama saya" 

dan ada juga 

"hehe,mujur akak xleh bercakap kan,’selamat ‘kitorang nati masa present slide..(sambil senyum2)

Ohoo~saya hanya boleh tersenyum,mereka selamat kerana kebiasaannya saya selalu bertanyakan soalan ketika pembentangan kumpulan di dalam kelas,

"akak janganlah tanya soalan yang susah2,boleh wat muka kiut je la nati kalo xleh jawap..huhu"



Ish3,,apa pun saya tidak kisah..seronok belajar bersama mereka.Saling usik mengusik,pendek kata,sehati sejiwa,inshaAllah..mahabbah till jannah kawan2 ku..:)




Ala kulli haal,saya tahu..Allah ada agendaNya yang tersendiri. ^^.
Hikmahnya ialah saya boleh merasai perasaan dan pengalaman orang yang tidak dianugerahi peluang untuk bercakap,bersuara dan lain-lain yang berkaitan dengan lisan,iaitu orang yang bisu.Sekurang-kurangnya mereka terlepas dari berbuat dosa melalui lisan,menyakiti hati orang lain dengan kata-kata,bercakap perkara yang sia-sia,tidak boleh marah(merajuk boleh kot..hehe),mempunyai banyak masa untuk muhasabah kerana lebih banyak diam dan lain-lain.Subhanallah.Allah Maha Adil.Itulah ibrah yang saya dapat melalui ujian Allah ini.Syukur Alhamdulillah.saya tak sedih.Saya gembira.6 hari yang dilalui merupakan hari-hari yang terbaik dalam hidup saya.inshaAllah..mohon dijauhkan dari segala kemungkaran.Pernahkah anda terfikir,bagaimana orang bisu,pekak dan buta berdakwah?? J teruskan bacaan anda di link ini.

Hari kedua kelas semester 2 ini,saya mengajak sahabat saya dan boleh juga dikenali sebagai adik saya J,Aqmar.Saya dan dia duduk di suatu sudut kelas,biasalah,minggu pertama semester baru,pengajar memang sibuk menguruskan hal lain.Kami?pandai-pandailah buat kerja sendiri.Hee..the another way of da’wa..saya jadikannya suatu yang menyeronokkan,simple tetapi sudah cukup untuk dijadikan muhasabah buat diri.Pada permulaannya,saya dan dia sahaja,kemudian,datang lagi,seorang lagi,lagi dan lagi,kepada kami.Allah timbulkan sesuatu didalam hati mereka..untuk memperbaiki diri begitu juga dengan kami.^^ Antara soalannya:

1)Andai Rasulullah ada dan berada di depan kamu,apakah reaksi dan tindakan kamu?..(soalan yang paling merangsang untuk keluarnya air mata ummat Rasulullah tersayang)

2)Siapa yang paling kamu sayang di dunia ini?
-pelbagai jawapan yang diterima,contohnya,emak,ayah,keluarga dan lain-lain..tetapi jawapan yang paling tepat ialah..diri sendiri.Jika kita tak sayangkan diri,kita tidak boleh untuk menyayangi orang lain.Tarbiyah diri untuk menjadi insan yang paling unggul.inshaAllah.

3)Soalan ketiga,berkaitan dengan ibu bapa.

dan yang paling berat untuk dilakukan..aktiviti ini dilakukan oleh 2 orang sahaja iaitu,tulis kelemahan pasangan kamu itu di atas sehelai kertas..apa-apa sahaja.Bagi saya,ini jawapan saya untuk pasangan saya:

Awak tiada apa-apa kelemahan pada pandangan saya kerana awak dalam usaha untuk memperbaiki diri,that's why you are here..itu cara Allah menolong hambaNya yang ingin berubah ke arah kebaikan.Begitu juga dengan saya.Alhamdulillah.Allah bersama awak. :)

dan saya sertakan ciri-ciri yang perlu diperbaiki.

memang ramai rakan sekelas yang tertanya-tanya,apa yang dilakukan saya dan kawan2 di sudut itu,sampai ada yang mengeluarkan air mata~


setiap jawapan yang diberikan menunjukkan siapa kita sebenarnya,setakat mana ilmu kita terutama ilmu agama dan melihat keagungan Allah atas perbezaan jawapan iaitu akal manusia tidak dapat disangkal dan hati manusia,hanya Allah yang tahu. :)


Saidina Ali r.a telah berkata daripada Rasulullah SAW: “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuhi dan celai terdapat di dalam diri engkau sendiri.” 



teringat,suatu malam tu,mak saya ada call,3 missed call,Allahu Allah..saya xjawap pun panggilan tu.nak nanges pun ada,cepat2
mesej kepada mak

'mak,suara ijah xde..xle nak cakap,xkan nak senyap je kalo jawap call,mesej jela mak..'

hurmm,nak gelak pun ada..~

kawan saya cakap,

kesian pulak orang tu,xde suara..hehe

SABAR JELAH.. 
^^

dan saya masih mengharapkan doa daripada kalian..doakan saya cepat sembuh,dan hari-hari mendatang lebih baik dari semalam..inshaAllah..


dan juga doakan..

'agenda' saya.inshaAllah..allahumma ameen.
wallahua'lam.




0 comments:

Post a Comment

 

nurul iman Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates